FAIL GAYA

Kara Inez

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

perkembang­an terbaru anda? Saya berulangal­ik dari Kuala Lumpur ke Singapura sempena menjayakan pameran seni yang berlangsun­g di Institusi Seni Kontempora­ri Singapura. Saya juga diberi peluang untuk mengembara ke India untuk membuat kajian terhadap pertumbuha­n rambut dan mempamerka­n karya seni yang diambil daripada keseluruha­n pengalaman sebagai inspirasi.

Bagaimana mula minat dalam bidang ini? Ibu bapa saya memberikan sokongan padu untuk saya bergelar seorang artis dan menjadikan ia sebagai profesion. Disebabkan mereka juga, saya dapat belajar di beberapa tempat seperti Paris, San Francisco dan Singapura. Berada di luar negara banyak membantu

Punya pengalaman ‘starstruck’?

Ketika berada di penggambar­an untuk musim terbaru siri Westworld, saya terserempa­k dengan Aaron Paul! Tiada perkataan yang mampu menggambar­kan perasaan saya ketika itu. Saya membesar dengan menonton lakonannya di dalam ‘Breaking Bad’. Pertemuan lima minit itu sudah buat saya menggigil dan gemuruh!

Stail fesyen kegemaran? I am not a fan of constricti­ng clothing. Kerana saya gemar bebas bergerak dan membiarkan kulit tubuh badan bernafas. Saya sering tampil dalam persalinan ringkas, less is more.

saya untuk mengembang­kan lagi idea dan bakat hinggalah saya kini berada di zon yang cukup selesa. Bagaimana mendapat idea atau inspirasi?

Melakarkan pengalaman peribadi ke dalam karya seni saya. Perkara yang sedang saya hadapi seperti kesihatan mental dan endometrio­sis. Daripada pengalaman ini saya cipta satu karya yang membawa kepada kesedaran walaupun ia satu isu yang sensitif.

gaya peribadi anda? Saya sering menggayaka­n rona hitam. Rona yang terang tidak sesuai untuk personalit­i saya tetapi mungkin satu hari nanti saya berubah fikiran. Saya akan memilih gaya yang cukup selesa. Elegan dan chic juga pilihan saya.

trend 2019 pilihan ?NEO-GOTHIC! Because the colour black is my jam and the overall look is so chic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.