PROFIL FESYEN

Behati

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Apakah maksud disebalik BEHATI?

BEHATI bermaksud tuah! Ianya sebaris ayat dari Afrika. Dan saya memilih BEHATI dalam meluahkan betapa bertuahnya kita mempunyai pelbagai keunikan di Malaysia terutama budaya tradisiona­l sejak turun-temurun melalui pelbagai lapisan generasi.

Apakah gaya signature BEHATI?

The Oversized Baju Melayu a.k.a The Baju Melayu Tutup Perut! Ia adalah gimik sensasi buat saya kerana kempen Raya saya ini menjadi tular di media sosial terutama di Facebook ketika bulan Ramadan tahun ini. Kini, orang mengenali BEHATI dengan siluet oversized. Walaupun dikritik teruk di media sosial namun, saya sebagai pereka haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu. Fesyen adalah cermin masa atau era. Bukan senang untuk meyakinkan mereka untuk potongan baju Melayu yang berbeza ini!

Apakah inspirasi disebalik koleksi RTW di KLFW 2019?

Mengambil inspirasi daripada baju viral BEHATI, saya mengolahka­n kepada sesuatu yang lebih unik. Tema ala tepian pantai tetapi digabungka­n bersama gaya klasik Melayu. Anda akan nampak siluet kebaya tetapi ditransfor­masi kepada potongan yang moden. Saya bayangkan biduanita Puan Sri Saloma dan Rihanna bergabung, itulah inspirasi gaya untuk koleksi pertama saya.

Siapakah sumber inspirasi anda?

Saya tidak akan memilih hanya satu muse, saya lebih kepada mengkaji individu yang menarik perhatian ramai terutama dalam bidang fesyen seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Meghan Markle. Dengan cara ini, saya akan lebih terdorong dan tidak ketinggala­n zaman. Manakala pereka fesyen pilihan saya sudah tentu Demma Gvasalia.

Bagaimana anda mula terdedah dengan dunia fesyen?

Melalui animasi. Sewaktu di sekolah menengah, saya ingin sekali mengikuti kursus animasi tetapi saya lebih fokus kepada lukisan figura tubuh manusia dalam busana. Ibu saya adalah individu pertama yang menyokong saya untuk terus berada di dunia fesyen, she’s that Asian Mum who is not afraid to pull off a dark purple or brown lipstick!

Apakah pengajaran yang anda belajar sejak BEHATI mula dikenali?

Usah belanja sehingga RM20 ribu untuk video kempen. Saya sangat terhutang budi dapat bekerjasam­a dengan individu yang punya matlamat dan cinta akan dunia fesyen sama seperti saya. Sebagai seorang ahli perniagaan, ayah saya sentiasa berpesan agar sentiasa menjaga masa terutamany­a masa rehat.

Apakah matlamat karier anda? Untuk memelihara akan budaya seni dan tradisiona­l Malaysia dan membina satu komuniti tanpa ada diskrimina­si bangsa dan agama dalam interprest­asi fesyen semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.