BUAL FESYEN

Masih Relevankah KLFW?

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Saat yang dinanti-natikan Valli Girls (juga Valli Boys) bakal tiba. Kali ini, koleksi istimewa tahunan oleh H&M akan menampilka­n kolaborasi bersama pereka fesyen dari Itali, Giambattis­ta Valli. Pereka yang terkenal dengan gaun tulle kembang ikonik ini turut mempersemb­ahkan koleksi pakaian dan aksesori buat lelaki buat pertama kali.

Koleksi Giambattis­ta Valli x H&M meraikan estetika feminin yang hadir dalam pelbagai elemen. Sama ada gaun kembang bermateria­l tulle yang cukup glamorous atau jaket well-tailored dengan ketelitian yang kekal feminin, koleksi ini boleh dipadu padan dalam menghasilk­an gaya yang timeless, ageless dan juga effortless. Tidak sempurna rekaan Giambattis­ta Valli tanpa sentuhan bunga-bunga yang turut menjadi identiti, yang boleh didapati pada seleksi gaun, kemeja dan skarf. Aksesori juga menarik perhatian seperti penggunaan batu mutiara selain loket yang dihasilkan daripada bentuk bibir milik Giambattis­ta Valli sendiri. Sebaliknya, himpunan debut Giambattis­ta Valli x H&M buat lelaki pula lebih individual, esentrik dan eklektik cara Valli Boys. Ianya lebih free-spirited dan bohemia, dengan biasan quirky seperti pemilihan paten haiwan, motif bunga, elemen punk dan militari nan glamor. Tidak dilupakan helaian asas seperti baju panas berlogo yang pasti menjadi rebutan peminat fesyen. Koleksi Giambattis­ta Valli x H&M boleh didapati secara eksklusif di stor H&M Lot 10 dan laman hm.com bermula 7 November 2019.

Antinganti­ng ilham bibir, RM199.95 Jaket panel floral, RM899.95 Rantai mutiara, RM249.95 Beg tangan lutsinar, RM199.95 Gaun tulle, RM1499.95

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.