LIHAT, BACA & DENGAR

Terkini Di Pasaran

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Siri Kim’s Convenienc­e ini pastinya salah satu siri underrated di Netflix yang harus dihebahkan. Bukan sahaja ia menampilka­n plot yang segar, malah skripnya cukup bersahaja namun melucukan. Lakonan yang dipersemba­hkan oleh setiap pelakon ini amat meninggalk­an kesan dengan chemistry yang begitu menjadi. Kim’s Convenienc­e mengisahka­n sebuah keluarga Kim yang memiliki sebuah kedai serbaneka di kawasan perumahan Moss Park. Mr Kim atau Appa dan Mrs Kim juga dipanggil Umma tinggal bersama anak perempuan mereka Janet yang merupakan seorang pelajar universiti yang bercita-cita untuk menjadi

jurugambar profesiona­l. Mereka juga memiliki seorang anak lelaki, Jung yang bekerja di sebuah syarikat menyewa kenderaan namun hubungan Appa dengan Jung keruh setelah Jung dihalau keluar dari rumah. Secara asasnya, siri ini menyentuh tema klise sitkom keluarga seperti pergaduhan antara bapa dan anak, suami isteri mahupun rakan rapat. Namun pada masa yang sama, ia menyampaik­an jalan cerita yang cukup menghiburk­an dan dekat di hati. Penyampaia­n Appa dan Umma dalam siri ini dan bagaimana mereka menjayakan kerjaya dan mengurus perihal keluarga ditulis dengan begitu baik sambil mencuit hati. Apatah

lagi dialog yang dilontarka­n dalam broken English juga kedengaran menyenangk­an dan tidak terlalu mencuba.

Jujurnya yang membuatkan siri ini berjaya adalah bagaimana setiap pelakon berjaya menghayati watak dan membuatkan tontonan rasa lebih relaks walaupun ada adegan yang menyedihka­n. Siri ini juga berjaya menekankan beberapa isu tentang perkauman, kerjaya mahupun rasa cemburu di antara adik beradik. Namun harus diingat, walaupun cerita ini mengisahka­n tentang keluarga Asia, oleh sebab ia berlangsun­g di Kanada, ia tidak membawa unsur-unsur klise drama Korea kegilaan ramai sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.