LELAKI BULAN INI

Alif

EH (Malaysia) - - CONTENTS - FOTOGRAFI IKIE TEKS/PENYELARAS ANIS HANINI ARAHAN SENI KHAIRANI RAMLI GROOMING FENDI SANI PAKAIAN BOTTEGA VENETA, BALLY & MOSCHINO

Lihat sahaja trak-trak terkini dalam carta muzik tempatan dan pastinya akan terselit nama Alif memenuhi senarai. Sebagai seorang penerbit muzik, komposer dan penulis lirik, pemilik produksi muzik Magic Potions ini adalah individu yang memberi sentuhan emas pada lagu-lagu popular termasuk ‘Donde’ nyanyian Andi Bernadee, ‘Bukan Hal Aku’ Kaka Azraff, ‘Satu Hari Nanti’ oleh Najwa Latif’ serta ‘Semua Sudah’ nyanyian Elizabeth Tan. Sebagai seorang artis pula, dia muncul dengan single ‘Buat Selamanya’ selain dua album sendiri iaitu 6560 dan 6560 (Vol 2).

Tahun ini pula menyaksika­n kolaborasi­nya bersama Sona One untuk album Detail yang memuatkan 11 lagu dalam

Bahasa Inggeris dan empat lagu Bahasa Melayu. Baru-baru ini juga Alif bekerjasam­a dengan K-Clique untuk hasilkan trak ‘Mimpi’ malah dia juga bertindak sebagai penerbit muzik dan komposer buat personalit­i media sosial Luqman Podolski untuk lagu ‘Sorang’ yang bakal menjadi antara rapper wajah baru.

“Saya sering katakan kepada penyanyi bahawa muzik hanya memainkan peranan 10 peratus sahaja, 90 peratus lagi adalah untuk mengenali artis tersebut dengan lebih baik. Ya, ramai di luar sana, penulis lagu serta penerbit muzik yang lebih berbakat dan anda pastinya boleh mencipta lagu hit sekelip mata namun jika saya menerbitka­n lagu untuk anda, saya ingin kenali anda sebagai seorang individu.

Saya bercakap daripada perspektif seorang artis dan sebagai seorang artis, kita harus ingat bahawa kita akan menyanyika­n lagu tersebut untuk beberapa tahun jadi jika boleh saya ingin cipta lagu seakan-akan artis tersebut menulisnya sendiri,” ujar rapper berusia 30 tahun ini.

Apabila mencipta lagu untuk artis lain, Alif lebih selesa untuk menghasilk­an versi terbaik mereka.”Pada masa yang sama saya ingin cipta satu identiti buat mereka yang tidak dapat dibandingk­an dengan orang lain. Saya rasakan sekarang amat sukar untuk industri melahirkan legenda seperti Amy Search. Kita tidak pernah melihat Amy Search menyanyi rap kerana dia seorang rock star. Sama juga dengan Joe Flizzow, dia tidak pernah menyanyika­n lagu balada namun percaya kata-kata saya bahawa dia memang gemar genre itu. Ini kerana bakat-bakat besar seperti mereka faham bahawa tidak semua lagu-lagu hebat dicipta untuk mereka. Menjadi seorang artis sebenarnya sangat membosanka­n. Pabila anda hadir dengan satu identiti, anda perlu kekal dengan identiti tersebut dan tidak boleh buat mengubahny­a hanya kerana trend. That’s what we failed to realized here. Kita dipengaruh­i dengan pop culture dan oleh kerana kita banyak menggunaka­n media sosial, kita tahu apa yang terkini. Jika kita cuba mencipta lagu sama seperti lagu hit lain, there you go, hilang identiti kita,” jelasnya.

“Jika seorang penyanyi balada ingin bekerjasam­a dengan saya untuk cipta satu lagu balada, saya akan ingatkan kepadanya untuk mencari penerbit muzik lain kerana saya percaya mereka boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik daripada saya. I’m honest like that. Saya tidak ingin mengambil semua peluang kerja di luar sana. Saya di sini ingin mengubah dan memberi kelainan pada industri dan mengisi ruang kosong sebanyak mana yang boleh. Jika saya fikir saya tidak mampu laksanakan­nya, saya tidak akan lakukannya. Jujur saya katakan bahawa it does not feel good to dominate kerana kita tahu setiap orang ada had masanya. Saya hanya mahu mencipta muzik yang menggembir­akan diri sendiri. Saya tidak perlu tekanan berlebihan. Pabila anda berada di puncak, anda akan diuji dengan pelbagai ujian. Seringkali orang tertanya, what’s your next move atau are you going to sell out? Saya cuba atur kerjaya saya sebaik yang boleh,” tambahnya lagi.

Alif sebelum ini adalah salah seorang anggota duo muzikal SleeQ dan setelah mereka dibubarkan, dia mengambil keputusan untuk meluangkan masa mencari diri sendiri. “Jujurnya saya hanya rasa tertekan ketika mencipta lagu buat artis lain pabila hadirnya tarikh akhir. Oleh kerana saya kian mendapat banyak peluang kerja, semakin banyak tarikh akhir yang perlu saya hadapi. Bagi saya what gets me in the song writing zone adalah kehidupan. Bergantung kepada mood, ada sesetengah lagu dapat disiapkan dalam masa

setengah jam, ada pula berminggu-minggu. Sebagai contoh, apabila saya bekerja dengan Ismail Izzani untuk lagu Luar Biasa, dia hanya dengar lagu tersebut di InstaStory saya dan kami terus rekod lagu tersebut di studio pada hari yang sama. Sometimes when it happens, it just happens,” katanya.

Sebagai seorang yang kreatif, Alif akui muzik sentiasa bermain di mindanya. “My brain never shuts off and I can hear a song even right now. Sebagai contoh, saya sepatutnya cipta satu lagu untuk Andi Bernadee dan Elizabeth Tan. Saya tidak mempunyai masa untuk ke studio namun lagu tersebut sudah ada dalam kepala. Untuk pastikan saya tidak lupa, saya sentiasa ada voice notes bersama. Dalam voice notes tersebut hadir bunyi-bunyi hanya saya sendiri yang faham.

It’s super weird. Kadangkada­ng saya boleh merakam bunyi tersebut di hadapan khalayak ramai ataupun di dalam kapal terbang. Saya sentiasa lupa bahawa saya bukan berseorang­an namun saya akan rakam juga. Untuk lirik pula, saya akan tulis apa yang terlintas di dalam fikiran menggunaka­n notepad,” jelasnya.

Penerbit muzik dan rapper kelahiran Singapura ini juga menjelaska­n bahawa mesej utama yang dia ingin ujarkan melalui lagu-lagu ciptaannya adalah orang ramai memahami maksud menjadi seorang artis ataupun ahli muzik. “Saya beranggapa­n orang ramai hanya inginkan sebuah lagu menjadi hit tanpa mengira kualiti. Kita telah menukar standard muzik sekarang yang mana ramai hanya inginkan lagu-lagu mereka menjadi viral. Pabila anda tetapkan standard terlalu rendah, tanpa bakat pun orang mahu membuat muzik. Sekarang semua orang ingin rap atau menyanyi,” kata Alif.

Tambahnya lagi, “kita sebagai ahli muzik pula tertanya-tanya mengapa lagu kita tidak dimainkan.

Ini kerana kita tidak tegas dalam menyampaik­an mesej tentang maksud menjadi seorang artis dan kita harus memandang perihal ini lebih serius. Kita juga perlu kekal dengan genre sendiri, jangan terlalu lali mengikut trend. Kita harus tetapkan trend itu. Kita sebagai penerbit dan penyanyi harusnya mempengaru­hi pendengar, bukan pendengar mempengaru­hi kita. Mereka telah penat bekerja mahupun belajar, jadi pabila mereka pulang, mereka ingin kita menghiburk­an mereka. That’s the part we take for granted kerana jika kita mengeluark­an lagu-lagu tidak berkualiti, dan mereka anggap itu lagu yang bagus, semua ini adalah salah kita. Saya harap saya dapat ubah mentaliti ini kerana ia sesuatu yang baik untuk industri,” jelasnya mengakhiri bicara.

“JIKA KITA CUBA MENCIPTA LAGU SAMA SEPERTI LAGU HIT LAIN, THERE YOU GO,

HILANG IDENTITI KITA” - ALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.