JURNAL

Berita Gaya Hidup

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang dan kerjaya yang penuh tekanan, pasti mudah untuk jatuh sakit. EH! kongsikan cara mudah untuk meningkatk­an sistem imunisasi badan menurut kajian Harvard Health Publishing oleh Harvard Medical School.

MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

Tubuh yang tidak cukup serat adalah kerana pemakanan yang salah. Digalakkan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrisi yang bukan sahaja dapat menguatkan tubuh, malah mencerdask­an minda juga. Bagi picky eater, cara mudah untuk mengambil sayur-sayuran mahupun buahbuahan adalah dalam bentuk snek mahupun jus.

TIDUR YANG CUKUP

Badan yang lesu sebenarnya lebih mudah untuk mendapat penyakit. Ketika anda tidur, sistem imunisasi badan membebaska­n protein yang dinamakan cytokines yang menggalakk­an tidur. Ada sesetengah protein ini juga akan bertambah pabila anda sakit atau berada dalam tekanan yang tinggi. Tanpa tidur yang cukup, cytokines tidak dapat dihasilkan dan membuatkan badan menjadi lemah.

BERSENAM DENGAN KERAP

Ramai akan mengesorka­n untuk anda mencuba senaman. Ini tidak bermakna anda perlu lakukan senaman yang intense, lakukan brisk

30 minit sehari cukup sudah memadai. Menuurut kajin oleh David Nieman, di Appalachia­n State University, berjalan kaki selama 30 minit meningkatk­an sel-sel darah putih dan imunisasi badan untuk tubuh lebih sihat. Usah risau akan senaman yang terlalu lama kerana kajian mendapati walaupun senaman angkat berat berkesan, namun ia tidak terlalu penting untuk tingkatkan imunisasi.

KURANGKAN TEKANAN

Meditasi adalah cara yang paling mudah untuk kurangkan tekanan. Anda boleh gunakan hanya 15 minit sehari untuk tutup dunia luar dan fokus pada penafasan diri agar lebih tenang. Ataupun jika anda seorang yang lebih gemar untuk menonton televisyen, tidak salah juga untuk membebaska­n tekanan dengan cara yang sama. Cuma tidak digalakkan untuk menonton televisyen terlalu lama kerana itu akan menimbulka­n masalah lain pula.

Pince & Pints Restaurant and Bar adalah destinasi utama di Kuala Lumpur untuk mendapatka­n hidangan berasaskan udang karang. Bersempena dengan ulang tahun keempat mereka, restoran yang terletak di Jalan Telawi 5, Bangsar ini ada berita baik buat pengunjung yang mahukan hidangan tanpa udang karang baharu. Buat pengunjung yang mungkin alergi dengan makanan laut, mulakan kunjungan anda nanti dengan tiga hidangan pembuka baharu seperti Mushroom Soup, Portobello Mushrooms dan Zucchini Fries. Cuba sendiri BBQ Beef Ribs yang disediakan eksklusif oleh Cef Nasir yang hadir bersama jagung dan gegelung bawang. Selain itu, jangan lupa untuk memesan Grilled Lamb Chops yang menggunaka­n daging New Zealand atau hidangan klasik Fish & Chips yang cukup menyelerak­an.

walk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.