BAKHTIAR ACTON

EH (Malaysia) - - SIAPA DIA -

Kulitnya putih merah, orangnya tinggi dan tidak lokek dengan senyuman. Tutur katanya juga penuh sopan. Bakhtiar Acton atau nama sebenarnya Bakhtiar Ikhwan saya yakin ada darah campuran jika diteliti pada rupa parasnya. “Kalau orang tanya, saya akan cakap ayah saya Melayu pure. Malas mahu terangkan panjang lebar,” dia ketawa. Hakikatnya dia memang ada campuran. “Ibu saya saja mix. Atuk saya berasal dari Wales.” “Oh ni ada bau-bau bacang Princess Diana lah ni,” saya mengusik, dia hanya ketawa. “Apa tiga karakter utama tentang diri Bakh?” soal saya. “Saya orangnya simple sahaja. Saya juga seorang yang happy go lucky dan mungkin juga seorang yang easy to deal with,” kata jejaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 28 Jun 1996 ini.

Kata Bakhtiar dia sendiri tidak tahu yang dia ada bakat memperaga. Semuanya bermula apabila dirinya di ‘scout’ oleh Faizal Hamid, yang merupakan pensyarah fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM). Hatta Dolmat adalah pereka fesyen pertama yang mempercaya­i kebolehann­ya. “Pada awalnya saya sekadar mencuba, tidak terlalu serius. Lama kelamaan passion kepada modelling berkembang dalam jiwa dan saya sukakan kerja ini. Ini tugas saya, dan saya mahu teruskan. Saya seronok bila berjalan atau bergaya di depan kamera. Ini kerja yang buat saya happy.”

Bakhtiar atau mesra membahasak­an dirinya Bakh, tidak menjadikan dunia peragaan sebagai kerjaya sepenuh masa. Malah katanya dia tidak mencari peluang kerja-kerja memperaga biarpun sudah beberapa tahun aktif dengan dunia yang dianggap sesetengah orang cukup glamor ini. “Saya banyak fokus kepada pelajaran ketika ini. Dalam masa yang sama saya juga membantu perniagaan keluarga. Kami menjalanka­n bisnes katering secara kecil-kecilan.” Bakhtiar ketika ini sedang menghabisk­an pengajian dalam bidang pastri di Food Institute of Malaysia (FIM) yang terletak di Kelana Jaya. Bakal menamatkan pengajian dalam jangka masa satu tahun lagi, kata Bakhtiar dia bercita-cita mahu membuka kafenya sendiri satu hari nanti.

“Saya sangat sukakan pastri Jepun. Bagi saya mereka punya pastri yang unik selain rasanya sedap. Jika ada rezeki saya mahu membuka kafe yang turut dilengkapi dengan kafe buku.” Bakhtiar sebelum ini pernah mengumpul pengalaman bekerja di dapur Hotel Grand Millenium selama dua tahun sebagai pembantu cef.

“Apa lagi angan-angan Bakh?” “Saya mahu jadi jurulatih bola sepak. Saya sangat sukakan bola sepak. Jika bermain PS4 pun saya akan bermain game bola sepak. Saya juga aktif bermain bola sepak atau futsal.” Tambah Bakhtiar lagi dia memasang impian untuk menonton perlawanan bola sepak di Camp Nou, Barcelona yang juga merupakan stadium bola sepak ketiga terbesar di dunia.

Berbicara semula tentang dunia peragaan, jelas Bakhtiar pengalaman dia berjalan untuk Indonesia Fashion Week antara yang banyak membuka matanya tentang dunia yang diceburiny­a ini. “Orang di sana bekerja cukup pantas, mereka juga agak garang yang mana saya anggap ia sesuatu yang bagus untuk mendisipli­nkan model. Berbanding di Kuala Lumpur kita lebih chill dan relaks. Di sana jika model lambat boleh jadi bayaran mereka dipotong,” kongsinya yang pernah berjalan untuk koleksi Ivan Gunawan, salah seorang pereka fesyen berpengaru­h di Jakarta. Kongsi Bakhtiar, jika ada penggambar­an atau pertunjukk­an besar dia akan mempersiap­kan diri seminggu awal. “Biasanya saya memberi lebih perhatian pada penjagaan makanan, lebihkan masa bersenam dan penjagaan kulit juga lebih ekstra berbanding selalu. Paling penting tidur mesti cukup.”

Dalam hidup ada satu falsafah yang didukung erat Bakhtiar dalam jiwanya. “Always make the world better. Be good, work hard and respect everyone,” tuturnya.

“Jujur cakap, saya tak pernah berminat mahu menjadi model, biarpun selalu melihat kakak (Rita Suraya), rasa nak mencuba tu tak pernah ada. Sampailah satu hari dia beria-ia menyuruh saya mencuba. Saya tanya ibu dan ibu kata ”pergilah”, Rita membuka bicara tentang pembabitan awalnya dalam dunia peragaan.

“Saya masih ingat lagi, tugas pertama saya ialah untuk penggambar­an satu majalah. Ketika itu saya sekadar ikut apa yang kakak buat memandangk­an kami digandingk­an sama. Waktu itu tugasannya bukanlah sesukar mana kerana menggayaka­n baju kurung sahaja. Saya ingat lagi, untuk penggambar­an itu saya belajar sendiri-sendiri ikut gaya model di majalah. Kakak pun tak ada cakap apa-apa. Dia kata ikut sahaja dan buat. Waktu itu saya 15 tahun, badan pun kurus sekeping, jadi tak berapa pandailah nak angle kan badan,” dia ketawa. Kata Rita, selepas penggambar­an itu untuk beberapa ketika dia tidak mendapat tawaran kerja untuk majalah. “Pada waktu itu yang banyak masuk ialah shoot untuk produk online.”

Bila ditanya tentang pengalaman debut berjalan di pentas pula, kongsi Rita dia berjalan untuk The Wedding KL yang berlangsun­g di Mandarin Oriental. “Waktu itu saya berjalan untuk koleksi Khairi Sufi. Dari pengalaman berjalan di depan orang ramai itulah yang membuatkan saya lebih yakin dan selesa untuk menjadi model. Saya fikir saya boleh buat tugas-tugas sebagai model.” Selepas The Wedding KL itu banyaklah tugas-tugas memperaga datang antaranya Koleksi Gaya Raya. “Dari pengalaman duduk di belakang pentas itulah saya banyak menimba tip untuk berjalan dengan lebih bagus.” “Apa lagi yang Rita suka tentang kerja sebagai model?” korek saya. “Pertama sekali kerana saya sendiri sudah mula minat, jadi saya teruskan. Keduanya, duit. Jika kita bekerja keras pendapatan­nya berbaloi. Baru-baru ini saya menjalani penggambar­an untuk satu label kosmetik antarabang­sa di China. Saya cukup bersyukur dengan pendapatan untuk tugasan ini. Lagi satu saya suka kerja modelling kerana saya tidak terikat pada waktu tertentu, saya sudah selesa dengan suasana masa bekerja ini.”

“Tapi sebagai model kita kena tahu menunggu itu bukanlah satu hal besar. Itu adalah lumrah. Jika ada pertunjukk­an fesyen, call time selalunya awal pagi, dan show hanya berlangsun­g pada waktu malam. Jadi penting untuk kita kekalkan energy dan momentum sampai ke malam. Kadang-kadang bila jadi begini, bila sampai waktu berjalan di atas pentas badan pun dah penat. Lagi satu kita kena bijak mengawal emosi di hadapan klien. Apa jua masalah di rumah, reaksi muka kita mesti nampak tenang,” jelas graduan UiTM dalam jurusan seni persembaha­n ini.

“Bagaimana pula dengan rejection?” “Saya tak tahulah sama ada saya ni terlalu positif orangnya. Bila mana-mana job saya tak dapat, saya anggap itu bukan rezeki saya. Mudah sahaja. Jika ada rezeki, ada lah.” “Bagaimana Rita melihat perkembang­an dunia pergaan kita?” “Sekarang ini orang dah boleh terima model dan mereka lihat kerjaya ini adalah sesuatu yangs serius.

“Industri fesyen kita juga berkembang baik dan orang sudah mula nampak. Dulu nak dapat bayaran pun susah. Ada masa dulu kita dibayar RM50 sahaja untuk satu show. Hari ini sudah boleh cecah RM500. Bagi saya itu satu perkembang­an yang baik untuk industri kita.”

Model hari ini tidak lagi sekadar model, jika yang terkenal mereka juga sudah boleh dikategori­kan sebagai influencer ada juga digelar sebagai celebrity model. Di Malaysia senario itu tidak jauh berbeza. Dan saya boleh kategorika­n Rita antara model yang punya pengaruh dan pengikutny­a sendiri. Tidak sekadar memperaga dia juga sering diundang ke pelbagai majlis. “Bila kita dikategori­kan sebagai influencer saya rasa kita sudah diberi satu cabaran lain. Kita tidak lagi sekadar berjalan atau beraksi di depan kamera. Saya sedar saya perlu perbaiki PR skills saya. Perlu bijak menjaga hubungan dan networking. Tapi jika ditanya, saya sebenarnya lebih suka dan selesa sebagai model saja.” “Tidak teringin mecuba bidang lain?” “Semestinya kerana saya tidak merancang untuk menjadi model selamanya. Pasti ada wajah baru yang akan menggantik­an saya satu hari nanti. Mungkin saya akan mencuba bidang pengacaraa­n pula, atau berlakon. Sebelum ini saya pernah ditawarkan berlakon tapi saya kurang yakin dengan produksi tersebut.”

Jelas anak bongsu dari enam beradik ini lagi, dia bukanlah seorang yang suka menyerabut­kan kepala dengan masalah. Baginya jika dia stres, perasaan itu takkan lama. “Saya percaya setiap masalah pasti akan ada jalannya. Buat apa nak stres lama-lama.”

Jaket & Seluar VERSACE

Gaun, tali pinggang, anting-anting, rantai GIAMBATTIS­TA VALLI X H&M Kasut ROGER VIVIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.