NIA ATASHA

EH (Malaysia) - - SIAPA DIA -

“I’m exhausted but am good. Penat kerana melakukan apa yang kita suka bukanlah sesuatu yang meletihkan sebenarnya,” ringkas balasannya saat saya tanyakan perasaanny­a ketika ini. Kata Nia, dia seorang yang suka bersembuny­i dan sangat menghargai saat-saat yang membenarka­n dia bersendiri. “Jika in public saya dilihat seperti seorang yang banyak cakap tapi sebenarnya saya seorang introvert.”

Saat saya tanyakan misconcept­ion masyarakat tentang dunia peragaan, balas Nia semua orang sangka dunia peragaan sangat glamor dan fabulous. Baginya itu sekadar pandangan mata kasar. “Orang tak tahu bagaimana orang dalam industri bekerja, call time awal, banyak masa dihabiskan menunggu, kerja dalam jangka waktu yang lama. Apa yang boleh saya katakan tugas sebagai model memerlukan disiplin yang tinggi dan menuntut banyak kesabaran.”

“Apakah pengalaman paling menarik yang Nia kumpul sepanjang bergelar model?” “Oh banyak tapi ada dua ni yang saya rasa paling memorable. Tahun ini saya berpeluang melakukan penggambar­an bersama majalah Conde Nast Traveller yang berpusat di China. Terharu bila saya digandingk­an bersama Xiao Wen yang juga merupakan salah seorang Victoria’s Secret’s angel. Kami berpergian selama tiga hari ke Cambodia. Lagi satu, baru-baru ini saya ke New York dan berpeluang menjalani kelas bersama Coco Rocha. Dia mengajar saya cara berjalan, beraksi di depan kamera dan macam-macam lagi. Satu pengalaman yang saya rasa sangat menarik. Definitely unforgetta­ble.” Kongsi Nia, suasana bekerja dalam dunia peragaan yang membuatkan dia ingin terus berada di sini. Baginya tugas sebagai model telah membentuk siapa dirinya hari ini. “Bila saya mula menjejakka­n kaki ke dalam bidang ini saya mula didik diri saya untuk jadi seorang yang berdisipli­n. Saya pastikan saya menjaga diri saya dengan lebih baik, jaga makan dan pastikan diri dalam keadaan yang baik secara fizikal juga emosi. Lagi satu, kerja-kerja sebagai model membuka banyak ruang untuk saya mengembara selain menimba pengalaman bekerja dengan ramai orang baru.Tapi, modelling juga membuatkan saya ada rasa insecure, perasaan yang saya tak pernah ada sebelum ini. Jadi adalah satu keperluan untuk saya mengawal emosi. Saya seorang introvert, saya lebih banyak memendam, sukar mengekspre­si perasaan secara verbal. Sebagai sorang Leo, saya mahu menjadi yang terbaik dalam semua benda yang saya lakukan.”

Selain terkenal sebagai model, semua maklum Nia juga seorang wartawan penyiaran. Berkhidmat bersama H Live, bagi Nia pengalaman yang ditimbanya di rancangan hiburan di bawah bumbung Astro itu mencurah pengalaman berbeza. “Saya bertemu ramai orang, jika selalunya saya berada di depan kamera, bekerja sebagai orang belakang tabir juga sesuatu yang menyeronok­an. Saya belajar untuk memahami orang lain. Dan ia ada cabarannya sendiri. Salah satu kesukaran sebagai broadcast journalist ialah bila kita perlu menemubual orang yang tak banyak cakap. Kadang-kadang orang yang terlalu artistik ni lebih banyak berdiam, tiap soalan dijawab sepatah. Sebagai hos kadang-kadang sukar untuk saya meneruskan perbualan.”

Selain itu, bagi Nia kesibukann­ya meneruskan dua kerja sebenarnya memberi dia satu ruang untuk mengenali dua dunia. “Sebagai model kita adakalanya dipakaikan dengan helaian terdedah. Dan sebagai media pula kita tahu apakah benda yang mendorong atau trigger masyarakat bercakap. Jadi saya tahu apa yang patut dan tidak patut saya lakukan,” kata Nia yang berangan-angan untuk muncul di dalam kempen Guess, yang mana baginya label itu antara yang dekat di hatinya. “Model-model Guess seksi, bombshell dan eksotik, saya rasa saya ada rupa itu,” dia berjenaka. Disebalik kesibukan dengan tugas memperaga dan dunia penyiaran, Nia masih mencuri-curi masa meneruskan passion nya, melukis. Baginya itu adalah satu terapi. “Sebelum aktif sebagai model, saya dulu asalnya seorang pereka grafik. Seni adalah sesuatu yang sangat dekat di hati saya. Saya sedang dalam perancanga­n membuka studio sendiri dan saya ingin buka studio ini untuk orang luar, boleh dijadikan workshop juga. Jika tiada aral melintang tahun depan akan dibuka secara rasmi.” Dek kerana cintanya yang mendalam kepada dunia seni, Nia sendiri mahu diingati sebagai seorang yang artistik. “That’s how I want to be remembered.”

Jaket, seluar & anting-anting KATE SPADE NEW YORK Baju panas TOMMYXZEND­AYA Beg tangan FENDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.