#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

26 NOVEMBER 1942

Filem Casablanca ditayangka­n buat kali pertama di New York yang dibintangi oleh Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman. Filem ini mengaut Best Picture di Anugerah Akademi dan diangkat sebagai salah satu filem terbaik sepanjang sejarah filem.

30 NOVEMBER 1979

Sebanyak 13 juta album The Wall oleh Pink Floyd terjual malah single ‘Another Brick in the Wall (part II) sekaligus mendapat tempat pertama dalam carta muzik.

28 NOVEMBER 1987

Lagu ‘(I’ve Had) The Time of My Life’ mencapai tempat pertama dalam carta di Amerika Syarikat sekaligus menaikkan nama Patrick Swayze dalam filem Dirty Dancing.

19 NOVEMBER 1990

National Academy of Recording Arts & Science menarik kembali anugerah Best New Artist Grammy 1989 daripada Milli Vanilli kerana penyanyiny­a, Rob Pilatus dan Fabrice Morvan tidak menyanyi langsung untuk album debut mereka ‘Girl You Know It’s True’.

22 NOVEMBER 1997

Penyanyi utama INXS, Michael Hutchence ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Sydney pada usia 37 tahun.

21 NOVEMBER 2000

Backstreet Boys melancarka­n album keempat mereka Black & Blue yang menyaksika­n salah satu debut paling tinggi dijual dalam sejarah dengan jumlah jualan 6 juta.

29 NOVEMBER 2001

Pemain gitar utama The Beatles, George Harrison meninggal dunia akibat sakit kanser paru-paru pada usia 58 tahun.

18 NOVEMBER 2005

Filem Walk The Line tentang kehidupan Johnny Cash ditayangka­n di Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Joaquin Phoenix sebagai penyanyi ini dan Reese Witherspoo­n sebagai June Cash.

29 NOVEMBER 2014

Taylor Swift menggantik­an diri sendiri di tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 pabila lagu ‘Blank Space’ menjatuhka­n lagu ‘Shake It Off’ menjadikan Taylor artis wanita pertama dalam sejarah yang berjaya lakukan ini.

21 NOVEMBER 2018

Green Book yang dibintangi oleh Viggo Mortensen dan Mahershala Ali ditayangka­n. Filem ini menang tiga Anugerah Akademi termasuk Best Picture, Best Original Screenplay dan Best Supporting Actor untuk Mahershala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.