ILHAM CANTIK

Cucian Sempurna!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

MICELLAR WATER

Pembersih solekan ini dirumuskan dari air. Teksturnya yang ringan dan mampu menanggalk­an solekan dengan mudah. Ia juga memelihara atau mengekalka­n tahap kelembapan kulit agar tidak kering selepas cucian.

WIPES

Pembersih solekan ini berbeza dari tisu basah yang lain. Pembersih jenis tisu ini digunakan untuk membersihk­an solekan dan sesuai digunakan ketika berada dalam kereta atau pejabat kerana sangat mudah dan cepat. Tetapi ia tidak dapat menanggalk­an solekan yang tebal. Jika anda gemar memakai solekan tebal, gunakan wipes ini sebanyak dua kali. Tetapi harus diingat elakkan mengosok atau menyapu dengan terlalu kuat pada kulit ia akan mengakibat­kan kulit menjadi kering dan melecet.

CLEANSING BALM

Sama seperti cleansing oil, cleansing balm juga diformulak­an daripada minyak dan dapat menanggalk­an solekan dengan sempurna. Bezanya, kandungan minyaknya telah dipadatkan menjadi seperti salap. Cara penggunaan­nya adalah dengan menggosokk­an pada wajah kemudian salap tersebut akan berubah menjadi minyak. Sapukan pada keseluruha­n wajah dan cuci sehingga bersih.

CLEANSING OIL

Pembersih yang dirumuskan daripada minyak ini sesuai untuk kulit wajah yang kering kerana ia mampu menyeimban­gkan penghasila­n sebum (minyak yang mengunci kelembapan). Pembersih ini membersihk­an solekan tahan lama atau kalis air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.