BERITA CANTIK

Acara Sana Sini

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Apabila bercakap mengenai ‘Hair Mist’ atau penyembur rambut semuanya memberi reaksi wajah “perlu ke?” Dalam banyakbany­ak produk kecantikan pastinya penyembur rambut ini dipandang enteng. Tapi sejujurnya bagi saya ia antara item yang perlu ada di dalam tas tangan setiap wanita. Mengapa? Bayangkan badan anda saja yang wangi kerana semburan wangian tapi kepala anda berbau hapak akibat peluh. Lebih-lebih lagi anda yang bertudung, pasti rasakan tiada alasan untuk menggunaka­nnya. Walhal ia penting untuk anda! Semburkan pada anak tudung atau tudung, hair mist tidak akan meninggalk­an kesan seperti wangian. EH! bariskan tiga penyembur rambut yang boleh anda cuba.

Bosan dengan warna rambut anda sekarang? Apa kata cuba produk terbaru dari jenama rambut terkenal antarabang­sa Schwarzkop­f Profession­al. Jenama rambut ini telah melangkah kehadapan bersama jenama warna rambut terkemuka Igora bagi melancarka­n produk terbarunya iaitu pelembap warna rambut Igora Vibrance.

Dengan teknologi Aquaxyl, Igora Vibrance sangat lembut pada rambut semasa proses perwarnaan dilakukan dan ia tidak akan merosakan warna asal rambut. Teknologi inovatif ini dapat mengawal tahap kelembapan dalaman rambut bagi menstabilk­an struktur setiap helaian rambut. Ia juga melindungi rambut daripada kerosakan dan mencipta warna rambut yang bersinar. Selain itu ia juga diperkaya dengan vitamin B3 dan B5 bagi membantu melindungi permukaan rambut dan ia bebas alkohol.

Pelembap perwarna rambut ini boleh didapati dalam pelbagai jenis variasi iaitu ‘Break The Brass’ untuk meneutralk­an warna asal bagi memberikan hasil warna perang yang sempurna, ‘Paint Me Pastel’

– Multi pastel toning bagi mencipta warna pastel yang fun dan ceria, ‘Runway Rebel’ dicipta untuk memberikan hasil warna yang berani dan bergaya, ‘Gloss Boss’ mencipta rona balayage yang bersinar dan menawan, ‘Tempting Tones’ berfungsi sebagai penambahan (highlight) warna yang terang atau berani untuk sentuhan yang lebih menarik dan ‘One Two gorgeous’ bagi warna yang segar dengan memberikan hasil rambut bersinar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.