JURNAL CANTIK

Manisnya Sawo Matang

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Kata Isha sewaktu berumur enam tahun dia selalu curi-curi memakai alat solek milik ibunya. Dan dia mula rajin berias sejak umurnya 16 tahun. Menurut Isha dirinya mula terdedah dengan solekan ketika kecil lagi. Dia juga pernah aktif sebagai penari kebudayaan dan kerana itu jugalah dia rajin mengenakan solekan setiap kali ada persembaha­n. Menurut Isha yang juga merupakan hos Gempak TV, dia cukup mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh supermodel dunia, Naomi Campbell. Dia meletakkan wanita berusia 49 tahun kelahiran London itu sebagai ikon cantiknya.

Bila ditanya tentang item cantik kesukaanny­a, kongsi gadis berusia 23 tahun ini dia amat menggemari gincu bibir rona semula jadi dengan kemasan pusam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.