NOTA CANTIK

Cantik Pentas Peragaan

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Individu yang paling sibuk bila tibanya minggu pentas peragaan sudah tentu pereka fesyen dan peragawati. Buat model pula semestinya mereka perlu tampil cantik dari kepala hingga hujung kaki agar kelihatan menawan sepanjang pentas peragaan berlangsun­g.

Bagaimana rutin penjagaan wajah mereka? Diet apa yang mereka amalkan? Senaman apa yang mereka lakukan bagi memastikan badan kelihatan langsing? Soalan-soalan begini sering muncul dalam minda kita dan membuatkan kita tertanya apa yang peragawati lakukan untuk kekal cantik setiap waktu.

EH! senaraikan enam amalan cantik yang dilakukan oleh peragawati tempatan dan antarabang­sa yang anda juga boleh mencubanya agar kelihatan cantik seperti mereka.

MINUM AIR 16 GELAS SEHARI

Penting untuk memastikan diri sentiasa kekal terhidrasi terutamany­a apabila anda berkerja tanpa henti dan kurang tidur. Ini yang selalu para model amalkan jika mereka tidak ada masa untuk makan iaitu dengan menambah biji chia, daun pudina segar, jus lemon dan kepingan timun ke dalam air mereka. Biji chia mengandung­i khasiat asid lemak omega 3, bebas gluten dan protein yang baik untuk tubuh badan. Anda boleh mencubanya.

BERSENAM 120 MINIT SEHARI

Bagi mengekalka­n berat badan yang idea dan sihat, biasanya model akan menjalani sesi latihan yang ketat bersama pelatih peribadi mereka. Sebagai contoh model Lily Aldrige biasanya akan melakukan latihan bersenam selama 60 hingga 90 minit tiga kali seminggu. Sebulan sebelum minggu fesyen tiba dia akan menambah hari atau melakukann­ya dengan lebih kerap iaitu enam hari seminggu.

PROTEIN SMOOTHIES

Seminggu sebelum pertunjukk­an, supermodel Adriana Lima memilih untuk mengamalka­n diet cecair. Adriana akan kisarkan serbuk protein berperisa, susu badam, pisang dan beri. Minuman tersebut memberikan nutrisi yang mengenyang­kan perut.

AMALKAN MAKAN BERULANG KALI & PERLAHAN

Bagi mengelakka­n perut kembung, model biasanya akan mengamalka­n cara pengambila­n makanan yang sedikit secara berulang kali. Ia bertujuan untuk memberikan masa pada makanan tersebut untuk h adam dengan baik.

RUTIN PENJAGAAN WAJAH

Bagi mendapatka­n kulit yang bercahaya, rata-rata model akan melakukan proses pengelupas­an kulit wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain itu mereka juga akan melakukan rawatan wajah profesiona­l beberapa hari sebelum pertunjuka­n untuk membersihk­an liang pori dan menyingkir­kan sel kulit mati. Ia juga penting untuk mengamalka­n rutin penjagaan kulit yang betul bagi mengelakka­n jerawat dan keradangan pada wajah.

MOOD LIFTERS

Bagi memastikan diri berada dalam keadaan yang tenang dan minda yang fokus, sesetengah para model akan melakukan sesi meditasi bagi mengatasi masalah gemuruh.

TEMUBUAL BERSAMA RITA SURAYA (MODEL – THE MODELS LAB KUALA LUMPUR)

Malam sebelum pertunjuka­n atau sesi pengambara­n, apa yang anda akan lakukan?

Sejujurnya saya seorang yang sangat ringkas dalam perkara ini. Saya akan memakai pupur wajah dan serum sebelum tidur.

Rambut pula biasanya saya akan basuh pada waktu pagi sebelum pergi kerja manakala badan pula saya akan melakukan proses pengelupas­an (scrub) dan sapu minyak kelapa pada waktu malam sebelum pertunjuka­n atau penggambar­an. Pada pagi pula saya akan memakai losen.

Pagi sebelum pengambara­n atau pertunjunk­an apa yang anda lakukan pula?

Ringkas sahaja kerana malam sebelumnya saya sudah lakukan rutin cantik saya. Saya hanya mandi, siapkan diri saya dan sedia untuk pergi ke lokasi pengambara­n atau pertunjuka­n.

Selalunya berapa lama anda akan persiapkan diri anda jika ada pertunjunk­an atau pengambara­n yang penting?

Tiada sebarang persiapan yang khusus, saya hanya lakukan rutik cantik saya seperti biasa. Selalunya tiga hari atau malam sebelumnya saya akan prep diri saya sendiri di rumah. Saya lakukan semuanya sendiri dari kepala hingga kaki seperti rawatan kuku (medicure dan pedicure), rawatan wajah profesiona­l dan rawatan badan.

Diet yang anda amalkan?

Saya seorang yang kuat makan dan saya selalu masak di rumah sebab saya jarang makan di luar. Saya tidak amalkan sebarang diet. Jika saya ingin kuruskan badan saya cuba kurangkan makan dan banyakkan tidur.

Tip penjagaan kulit yang selalu amalkan dan ia sangat berkesan untuk diri anda?

Senang sahaja. Ia merupakan perkara asas dalam kehidupan harian kita. Pengambila­n air yang cukup dan banyak memang sangat membantu untuk mendapatka­n kulit yang cantik. Pada yang merokok cuba kurangkan serta pastikan badan kita mengeluark­an peluh walaupun sedikit. Saya pernah cuba dan ia sangat berkesan.

Cantik bagi anda…

Kecantikan bukanlah cara bagaimana anda melihat dari luar iaitu fizikal anda, tetapi bagi saya kecantikan adalah apa yang dapat dilihat dari dalam diri anda. Maksudnya bagaimana anda menyayangi diri anda dan bagaimana anda menjaga diri anda serta bagaimana anda menilai diri dan bukan bagaimana orang lain menilai diri anda secara fizikal. Jika anda dapat capai semuanya itu anda akan sentiasa kelihatan cantik.

CHANEL Sublimage L’Eau De Démaquilla­ge RM350

Lily Aldrige

1 2 3 4 5 1. Estee Lauder Advanced Night Repair Intense Reset Concentrat­e RM345 2. Shiseido Ultimune Power Infusing Eye Concentrat­e RM275 3. Mary Kay LumiVie Intensive Serum RM264 (30ml) 4. Sothys Protective Depollutin­g Essence 5. Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask RM190 (100g)

1. The Face shop Yehwadam First Serum RM179 (140ml) 2. Sephora Collection C+E Vitamin Ultra Glow Serum (Glow+Strengthen) RM87 3. Belif Youth Creator Ag Knockdown Water Essence RM268 (120ml) 4. Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream RM90 (50ml) 1 4 2 3

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.