NOTA CANTIK

Cakap Cantik Bersama Global Artist Shiseido, Vincent Oquendo

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Bermula hanya sebagai pembantu kepada Guru Solekan Dick Page, yang dahulunya Pengarah Artistik Shiseido kini Vincent mencipta namanya di tempat yang sama. Vincent berkongsi apa yang menarik mengenai teknologi terkini yang diformulas­i di dalam koleksi Synchro Skin Self Refreshing.

Sepanjang pengalaman anda berkarya untuk selebriti, apa yang anda boleh ceritakan mengenai solekan?

Solekan itu suatu yang cukup berkuasa, setiap mekap yang berbeza memberi aura yang berbeza. Begitu juga sebaliknya. Tidak kira saya menyolek siapa, seperti Lily

Collins atau Catherine Zetha

Jones, bebe Rexha. Saya akan menghasilk­an solekan yang mereka mahu dan apa yang sesuai dengan mereka, bukan apa yang saya rasa cantik untuk mereka. Apabila melihat klien, saya melihat mereka secara individu. Saya ingin merasa energy mereka.

Apakah tip yang anda boleh kongsi untuk mereka yang ingin bereksperi­men dengan mekap?

Tentunya anda boleh menjadi apa saja dan siapa saja dengan solekan. Anda boleh merias wajah dengan penggaris mata biru elektrik atau bermaskara ungu atau hanya bersolek asli. Terpulang, dan itulah yang seronoknya dengan bermain alat solek. It’s part of my beauty philosophy. Ia sebuah fantasi/realiti.

Apa pendapat anda tentang trend? Seperti di media sosial, pentas peragaan dan sebagainya.

Saya rasa trend itu adalah sesuatu yang bagus juga penting. Seperti menonton tv, semua orang menonton Game of Thrones, tapi anda tidak sukakannya, anda ingin menonton The Bachelor, dan ia tidak mengapa. Begitu juga dengan solekan. Semua memakai wide eyeliner, tapi ia tidak serasi dengan anda. Anda boleh admire sebanyak mana look yang anda suka tapi tidak semestinya anda perlu ikut. Just go with what you feel your best self.

Tidak kira apa yang anda baca di majalah, di media sosial atau di instagram saya sendiri, anggap semua itu adalah satu menu. Anda boleh pilih apa yang serasi dengan ada. Dan tinggalkan apa yang anda tidak mahu.

Bercakap mengenai asas kulit pula, apa yang menjadi trend untuk asas kulit?

Bagi saya elemennya masih sama, apa yang serasi dengan anda secara individu. Ada yang mempunyai kulit berminyak, kering dan kombinasi. Jadi semua aspek perlu dititik beratkan dalam memilih apa yang serasi untuk kulit anda. Disebabkan itu Shiseido Syncro Skin Self Refreshing ini satu item yang hebat, kerana ia teksturnya menyuaikan kondisi kulit dalam masa yang sama ia menyegarka­n kulit. Ia juga mengandung­i SPF35 untuk melindungi kulit dari sinar UV dan cuaca di Malaysia. Jadi tidak kira jika anda mempunyai kulit kering atau berminyak, cuaca yang kering atau lembap, ia mampu menyuaikan­nya. Bukan itu saja, ia juga berformula­kan cecair yang tahan lama iaitu selama 24 jam. Dari segi trend pula anda boleh bermain dengan seluruh rangkaian ini. Jika inginkan kemasan yang dewy cuma tambahkan primer, jika ingin sedikit pusam oleskan bedak tabur dan bedak kompak. Anda di Malaysia akan menyukai Cushion Foundation dalam rangkaian ini, kerana ia direka khusus untuk wanita Asia dan cuaca di sini. Untuk Penyamar noda pula, dalam koleksi kali ini anda boleh gunakan penyamar noda ini secara

Hanya oles pada cela, atau oles pada seluruh wajah. Ia hadir dengan aplikasi kecil untuk anda oleskan pada bahagian tertentu. Untuk produk dalam koleksi ini semuanya anda boleh gunakan bersama dua berus yang dihasilkan. Anda perlu cuba sendiri berus magis ini, ia cukup lembut pada kulit dan memesrakan cecair atau bedak yang dioleskan pada kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.