NOTA CANTIK

Kebun Aroma Eksklusif Chanel

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

“Dibuka untuk melawat tak?”, “Orang luar boleh masuk tak?”, itu antara soalan-soalan yang saya terima sebaik sahaja berkongsi gambar saya memetik bunga di ladang bunga Chanel yang terletak di selatan Perancis. Ya, ini antara pengalaman menarik sepanjang saya bergelar penulis sejak 12 tahun dulu. Siapa sangka, jika selama ini saya hanya mengagumi bau haruman Chanel No. 5, takdir telah membawa saya menjejakka­n kaki ke kebun yang menjadi sumber bahan utama haruman ikonik Chanel.

KEBUN BUNGA CHANEL

Kebun bunga Chanel ini dipenuhi dengan lima bahan utama harumanhar­uman Chanel, antara yang ditanam di sini ialah May rose, tuberose, geranium roast, jasmin atau bunga melati dan juga iris. Sewaktu saya ke sini bunga May rose tiada sekuntum pun kerana bunga ini hanya hidup dan dipetik pada bulan Mei, dan kerana itulah namanya May rose. May rose boleh berkembang paling lama tiga minggu dalam bulan Mei.

Jadi apa yang menariknya pengalaman saya ke sini? Saya dapat mempelajar­i bagaimana bunga-bunga di sini ditanam, dipelihara, dipetik termasukla­h proses mengekstra­knya.

PATI AROMA IKONIK

“Wangi tak kat situ?”, “Mesti wangi kan?”, itu antara pertanyaan lain bila saya memuat naik video dan gambar saya memetik kuntuman bunga melati. Bila dikumpul beberapa kuntum memang kuat aromanya. Malah kuntuman melati yang saya petik dan simpan di dalam buku nota saya masih kuat baunya. Bunga melati di sini dipetik selama 100 hari saban tahun, dari Ogos sampailah ke bulan Oktober.

Awal-awal pagi akan nampak kelibat pemetik bunga dengan bakul erat di tangan berjalan masuk ke pokok jasmin. Mereka akan terus memetik kuntuman jasmin sebelum matahari

tegak atas kepala. Berbakul-bakul bunga jasmin dipetik saban hari. Bunga melati akan terus hidup dan berkembang sampai Oktober, biasanya selepas tiga hari dipetik akan tumbuh bunga melati yang baru. Khabarnya, lebih 90 peratus bunga melati yang tumbuh di Grasse adalah untuk Chanel.

Usai memetik, mereka akan beratur untuk menimbang hasil petikan mereka. Hasil petikan bunga mesti ditimbang paling lama selepas tiga jam dipetik, ini demi menjaga kualiti bunga melati sebelum dibawa ke proses pengekstra­kan. Hasil perbualan saya dengan orang di sana, jika mereka memetik lebih, pada hujung bulan ada ganjaran untuk mereka.

Untuk proses pengekstra­kan, kuntuman melati akan dihantar dalam peti besi dan akan direndam dalam bahan pelarut dalam suhu yang tinggi. Dan sebaik sahaja pelarut disejat, kuntuman melati akan menghasilk­an aroma yang sangat kuat dalam bentuk lilin (wax) yang dikenali sebagai concrete. Kemudian bahan alkohol akan diasingkan untuk mendapatka­n absolute yakni formula cecair yang digunakan dalam haruman Chanel No 5.

KELOPAK PALING HARUM

Seringkali mendengar nama tuberose disebut dalam kandungan haruman, namun inilah kali pertama saya melihat dan menyentuhn­ya. Tuberose, bentuk kelopaknya bagaikan bintang, dianggap antara bunga yang ‘elegan’ aromanya malah ada yang mengangkat­nya sebagai bunga paling wangi dalam dunia flora. Biasanya pada bulan April, bulb tuberose akan disemai semula.

Dan setiap satu benih akan ditanam dalam 15sm jaraknya antara satu sama lain. Tuberose mula berbunga setahun kemudian dan adakalanya setahun berikutnya.

Sewaktu di Grasse, saya diajar memetik tuberose. Caranya, setiap kuntum tuberose perlu dipetik dengan menariknya ke bawah. Kuntuman tuberose ini biasanya dipetik awal pagi sebelum cahaya matatahari bertukar sangat panas. Bunga-bunga yang dipetik disimpan di dalam guni dan akan melalui proses yang sama seperti melati.

Ini adalah kali kedua saya bertemu Olivier Polge, pakar haruman Chanel. Dan tiap pertemuan pastinya menyajikan ilmu dan informasi baru buat saya. Kali ini kami banyak berbual tentang bahan mentah untuk haruman Chanel, istimewa yang disemai di Grasse.

Berapa kerap anda datang ke Grasse dalam setahun?

Tidak tentu. Bulan ini sahaja sudah lima kali saya ke sini. Ada sekali itu saya duduk di sini selama seminggu, dan selebihnya hanya sehari di sini dan terus pulang semula ke Paris. Ada juga ketika kurang dari ini. Biasanya setiap bulan akan ada seorang petugas dari kilang di sini datang ke Paris membawa sampel-sampel. Kami di Chanel akan sentiasa mencari idea dan cara baru bagaimana untuk memproses bahan-bahan mentah seperti bunga-bunga ini untuk diekstrak menjadi haruman. Setiap haruman pula punya cara pengekstra­kan berbeza, misalnya patchouli untuk Coco Maidmoisel­le lain caranya, Gabrielle pula istimewa dengan tuberose dan bunga melatinya datang dari Mesir. Kami punya tiga produser melati di Mesir yang akan membekalka­n kami dari bulan Jun hingga November.

Di Chanel proses kerjanya tidak berhenti. Setiap bulan akan ada sampel berbeza perlu diteliti. Biasanya dari

Disember hingga Januari kami akan menerima banyak sampel bau-bauan sitrus dari Itali seperti bergamot, limau, lemon, Mandarin dan oren. Pada bulan Mac pula orange flower, dan Mei biasanya kami akan mendapat sampel bunga mawar. Oktober pula sarat dengan melati. Kalau mahu tahu kami bekerja untuk Chanel No. 5 hampir setiap minggu.

Adakah perubahan iklim atau masalah pemanasan global memberi kesan kepada kualiti bau bunga-bungaan?

Sewaktu makan tengahari tadi saya berbual dengan Fabrice (menantu kepada Joseph Mul) tentang hal ini. Setakat ini belum ada sebarang kesan yang ketara pada kualiti bau bunga-bungaan atau tanaman di sini. Tapi apa yang kami perasan perubahan iklim menyebabka­n pertukaran musim berlangsun­g agak lambat. Biasanya pada penghujung Oktober cuaca sudah mula sejuk tapi kebelakang­an ini rasa dingin hanya ketara dirasai pada bulan Disember.

Sukar sebenarnya jika mahu membanding­kan bau bunga hari ini dengan 30 tahun dulu. Bau-bau bunga itu sendiri berbeza mengikut tempat ia ditanam. Bunga melati di Grasse baunya lain dengan di Mesir. Bukan mahu mengatakan bau yang mana lebih wangi tapi saya melihat kepada baunya yang sepadan dengan minyak wangi yang kami hasilkan. Bunga melati di Grasse memang didedikasi­kan untuk Chanel No. 5 sahaja. Melati dari Mesir untuk Gabrielle. Ini semua penting untuk mencipta diversity atau kepelbagai­an pada haruman Chanel.

Benarkah ayah kamu tidak bersetuju kamu terlibat dalam dunia haruman pada awalnya?

Selepas tamat sekolah menengah saya menyambung pengajian dalam bidang seni selama dua tahun. Tapi satu hari itu saya duduk-duduk di makmal ayah saya dan mula terdetik untuk belajar tentang dunia haruman. Dan satu malam saya menyatakan hasrat saya kepadanya, dan dia tidak bersetuju. Keesokan hari dia memanggil saya dan bertanyaka­n sama ada saya benar-benar serius. Dan dia meminta kawan baiknya untuk mengajar saya tentang dunia haruman. Ibu dan ayah saya sangat sukakan seni dan mereka sangat gemarkan lukisan. Saya pula sangat sukakan muzik klasikal sejak di bangku sekolah lagi.

Apa yang membuatkan tuberose di Grasse cukup eksklusif bagi Chanel?

French Riviera pastinya tempat yang cukup luar biasa yang menggabung­kan iklim yang sederhana, cukup cahaya matahariny­a dan subur pula tanahnya. Sebelum saya menyertai Chanel, pada tahun 2011 Chanel ditawarkan untuk menyemai dan menanam benih penanam tuberose di Grasse dan kami menanamnya semula di atas 2.5 hektar tanah untuk memelihara kualiti bunganya. Kami bekerjasam­a dengan keluarga Mul. Cara pengekstra­kannya cukup istimewa, kelopak-kelopak bunganya berbau sangat harum.

Boleh ceritakan tentang kerjasama dengan keluarga Mul dengan lebih detil?

Kami sudah bekerjasam­a sejak 1987, sudah 32 tahun. Ayah saya sudah bekerja dengan mereka lebih lama dari itu. Mereka sekeluarga tinggal di Pegomas dan berkongsi banyak informasi dan ilmu pertanian dengan saya. Kolaborasi ini penting demi menjamin kualiti dan kuantiti bungabunga yang kami gunakan untuk minyak wangi kami.

“IKLIM BERUBAH, EFEKNYA PADA KUALITI BELUM DIRASA, TAPI...”

Tuberose

Oliver Polge & Joseph Mul

Olivier Polge

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.