NOTA CANTIK

Kecantikan dari Valais

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

LEMBAPKAN KULIT DENGAN DUA CARA:

Asas untuk kulit kekal hidrat bukan semata-mata bergantung kepada air yang diminum. Apabila usia kian meningkat sukar untuk kulit kita mengunci kelembapan secara asli. Jadi, kulit sentiasa memerlukan bantuan formula penjagaan kulit yang direka khas untuk mengembali­kan dan mengunci kelembapan bagi penghidrat­an sempurna. Memahami kehendak kulit semua wanita, Nafura menghasilk­an duo bintang pelembap iaitu Nafura Alpine Snow White Moisturise­r dan Nafura Alpine Snow White Serum yang diformulas­i dengan bahan-bahan semulajadi, bebas paraben, bebas alkohol, tiada pewarna tiruan dan bebas minyak mineral.

DARI VALAIS KE MALAYSIA

Penyelidik­an mendalam telah dilakukan dalam penghasila­n kedua-dua produk ini. Bahan utamanya ialah daripada tujuk ekstrak tumbuhan yang diperolehi dari daerah Valais di pergununga­n Swiss. Ia mempunyai bahan pelembap yang membantu memberi wajah lebih cerah dan berseri.

1. Oleskan Nafura Alpine Snow White Serum

Usai mencuci wajah, sementara kulit masih lembap oleskan serum Nafura Alpine Snow White. Serum yang bertindak seakan booster ini berupaya menyerap ke dalam kulit dan terus mencerahka­n wajah yang kusam dan keletihan. Formula kelembapan dari Korea ini memperbaik­i tekstur kulit lantas menjadikan kulit lembut dan bersinar. Ia juga diperkaya dengan tujuh ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit iaitu Mallow, Peppermint, Primrose, Yarrow, Speedwell Herb, Mint Balm dan Lady’s Mantle. Ia disyorkan untuk kegunaan semua jenis kulit. Bebas dari paraben, minyak mineral, sulfat dan benzopheno­ne serta ia bebas dari ujian ke atas haiwan.

Usai sapuan serum, Mesrakan kulit dengan pelembap Nafura Alpine Snow White dengan urutan yang lembut. Sasarkan pada bahagian yang lebih kering dengan teknik tepukan lembut. Pelembap ini diperbuat daripada formulasi eksklusif Korea, ia cukup menyegarka­n dan membantu mengekalka­n penghidrat­an kulit untuk wajah berseri-seri. Diperkaya dengan tujuh ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit; Mallow, Peppermint, Primrose, Yarrow, Speedwell Herb, Mint Balm dan Lady’s Mantle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.