BUAL CANTIK

Milky Way

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Mencuci wajah dari kotoran bukan saja penting malah wajib! Ini bagi mengelakka­n pori-pori anda dari tersumbat dengan kotoran akibat persekitar­an, alat solek dan sebagainya. Dan apa yang paling penting adalah tekstur pencuci muka yang lembut dan tidak mengeringk­an kulit selepas cucian. Bagi saya apa yang universal, yakni serasi untuk semua adalah milk cleanser! Jika ada yang merasakan masih tidak berjumpa dengan milk cleanser yang serasi tidak mengapa, saya ada beberapa pilihan yang telah saya cuba.

Hadir dengan tekstur seakan susu, ia lembut pada kulit dan kurang buih. Disebabkan itu ia tidak akan menyebabka­n kulit menjadi kering dan tegang selepas cucian. Jika anda mempunyai kulit kering ini adalah solusi tepat untuk anda!

SOTHYS VITALITY CLEANSING MILK Pencuci wajah bebas wangian ini antara yang paling selamat digunakan untuk kulit sensitif. Ia bukan saja mampu menyingkir­kan kotoran dan sisa mekap namun menjadikan kulit lembap dan sedia untuk disolek.

C> H> ANEL CREAMY CLEANSING MILK Teksturnya lebih mewah, malah hadir dengan sedikit buih jika anda inginkan sensasi itu. Usai cucian kulit terasa cukup lembap dan bersih!

L> A> NEIGE WHITE DEWY MILKY CLEANSER Hadir dengan aroma yang menyegarka­n dan cukup lembut pada kulit. Walaupun ia hadir dengan tekstur susu ia mampu menghasilk­an buih yang lembut dan masih tidak mengeringk­an kulit.

AESOP GENTLE FACIAL CLEANSING MILK Tesksturny­a ringan seakan air, jadi anda mungkin akan menggunaka­n lebih untuk cucian lebih memuaskan. Tapi sebenarnya tidak dengan kuantiti sedikit pun ia mampu mencuci secara menyeluruh. Dan jangan bimbang akan efek seakan masih bersisa di kulit selepas cucian, itu adalah kesan lembapan!

DIOR OIL TO MILK MAKEUP REMOVING CLEANSER Magisnya pencuci muka ini ialah ia hadir dengan tekstur minyak namun apabila disapu pada wajah yang lembap ia serta merta bertukar kepada cecair susu. Cukup lembut pada kulit malah tekstur minyak itu berkesan membersihk­an mekap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.