EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

“Kenapa nak letak ramai-ramai kat cover? Tiga model cukuplah,” kata orang di pejabat saya. EH! jarang buat model issue, jadi bila sesekali buat apa salahnya dihimpunka­n ramai-ramai di muka depan. Lagipun saya fikir model itu adalah perencah utama dalam dunia fesyen dan kecantikan. Lagi pun model bukan sekadar berjalan atas pentas atau bergaya cantik di depan kamera, mereka punya pengaruh mereka sendiri. Lebih-lebih lagi hari ini, model juga sudah dikategori­kan sebagai influencer malah ada yang lebih glamor dan popular dari selebriti. Modelmodel antarabang­sa punya berjuta pengikut di Instagram. Kendall Jenner sendiri ada 116 juta pengikut, Gigi Hadid pula diikut 50 juta orang. Begitu juga dengan model kita, mereka punya kelompok peminatnya sendiri. Ramai juga artis pelakon-pelakon cantik kita bermula sebagai model, dari era Deanna Yusoff sampailah ke Alicia Amin.

Siapa model tempatan yang saya suka? Selain the legendary Tengku Azura, saya sangat menyukai Allahyarha­m Shida Yaacob. Dia pernah menghiasi muka depan EH! di awal tahun penerbitan­nya. Generasi baru mungkin tidak mengenalin­ya tapi selain Tengku Azura dia juga antara model paling hot di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Shida Yaacob meninggal dunia pada tahun 2012 khabarnya kerana kanser. Saya membaca temubual Shida di dalam EH! Disember 1999, “Glamor di atas pentas saja. Duit... mm, not bad if you work really hard!” balasnya bila ditanya sama ada glamor dan wang jadi tarikan utama dia mahu menjadi model.

Seronok melihat perkembang­an dunia model kita. Orang semua sudah kembali menghargai wajah made in Malaysia. Saya sendiri sejak mengemudi EH! selalu berpesan kepada penulis-penulis di EH! utamakan model tempatan. Apa-apa saja penggambar­an seboleh-bolehnya guna muka lokal. Bukan sekadar mahu menyokong tapi saya fikir pembaca lebih mudah untuk relate dengan wajah dan ton kulit serupa mereka. Model generasi hari ini juga sudah berani untuk mencari peluang mereka sendiri, Dayang Atikah misalnya berjaya mencipta nama di kota New York. Sudah berjalan di berpuluh pertunjuka­n label ternama begitu juga dengan kempen kecantikan mahupun fesyen. Terbaru saya lihat wajahnya terpilih untuk kempen baru H&M.

Satu perkara yang saya belajar dari model-model yang saya interviu, untuk jadi model kena kental mental dan emosi. Rejection adalah hal biasa, pada awalnya memang ‘makan dalam’, jika ikut perasaan emosi mudah terganggu, akan wujud bermacam-macam insecurity. Mahu atau tidak mereka mesti mendidik diri untuk kuat, usah mudah putus asa. Begitu juga kita, kalau kita tahu apa yang kita mahu, usahalah, jangan give up kerana jika tidak dapat apa yang dicita-citakan, saya percaya akan ada yang lebih bernilai menunggu kita.

Khairul Abidin

PENGARANG [email protected]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.