EH (Malaysia) : 2019-11-01

NOTA CANTIK : 66 : 64

NOTA CANTIK

NOTA CANTIK ASAS Cukup dengan primer anda sudah menyediaka­n satu asas yang baik. Jika anda punya cela di tempat tertentu hanya oleskan saja penyamar noda. Cukup pada bahagian cela dan lingkaran gelap bawah mata. Boleh cuba: MAKE-UP FIX PRIMER Primer bebas minyak ini hadir dengan tekstur yang lembut dan berformula kalis air untuk solekan yang kekal lama. Kandungan vitamin E dan ekstrak Damask Rose mampu melembapka­n kulit serta merta. KONTUR 2 Pentingnya teknik kontur ini adalah untuk membentuk dimensi wajah. Jika muka anda hanya siap memakai asas saja ia hanya akan memberi efek ‘flat’. Jadi kontur seluruh wajah cukup memberi impak dan menonjolka­n raut wajah. Boleh cuba: HIGHLIGHT & CONTOUR COMPACT Palet yang hadir dengan tiga ton berbeza lengkap untuk kontur dan menyerlah. Hadir dengan vitamin E untuk kulit lembap sempurna. RADIENT & GLOW PALETTE Untuk kulit tampak sihat dan bersinar. Inilah palet yang tepat. Tiga ton highlight untuk setiap ton kulit. HIGHLIGHT & SHADING STICK Masih memberi fungsi yang sama seperti palet, namun hadir dengan bentuk stik bagi memudahkan lagi pemakaian. Malah ia juga kaya dengan ekstrak beri Acai, vitamin C dan vitamin E untuk anti-penuaan. Penyamar noda ini bukan saja dapat melitupi gelap di bawah mata ia juga mampu menyamari garis-garis halus. ACNE CARE AND CONCEALER STICK Penyamar noda yang hadir dengan bentuk stik ini cukup mudah di pakai dan dibawa ke mana saja. Bahan asid salisilik di dalam penyamar noda ini dapat merawat jerawat dalam melitupiny­a. DARK CIRCLE CORRECTOR 1

© PressReader. All rights reserved.