Nia Atasha

Model, Hos TV dan pelakon ini menyimpan hajat untuk mengukir nama di bumi Amerika Syarikat.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Siapakah ikon fesyen pilihan?

Supermodel yang terkenal dengan tubuh badan yang seksi, Emily Ratajkowsk­i.

Perkembang­an terbaru anda?

Sedang giat dengan dua pengambara­n filem. Rutin harian sebagai model pula berjalan lancar seperti kebiasaann­ya dan saya ingin mencuba nasib untuk menempa nama ke Amerika Syarikat. Wish me luck!

Siapakah model pilihan anda?

Devon Aoki! Saya mengagumin­ya sejak dulu lagi. Wajahnya malah signature rekaan juga menjadi highlight utama mengapa saya memilih barisan pereka ini.

Apakah nasihat penggayaan terbaik pernah anda terima?

Anda tidak perlu meniru apa stail fesyen orang lain, ciptanya sendiri. Cetuskan fenomena!

Apakah perkara paling digemari untuk ‘KL Fashion Scene’?

Bagi saya, Kuala Lumpur semakin hari semakin bersikap terbuka dalam fesyen,dan stail. Ramai fesyenista hadir bereksperi­men gaya. Rakaman gambar OOTD wajib untuk mereka pamerkan gaya mereka. sangat eksotik dan masih tampak menawan di usianya. Tidak lupa juga Coco Rocha! Bagi saya, dia seorang supermodel yang sangat versatil, Queen of posses dan sangat merendah diri.

Dua perkataan melambangk­an ilham fesyen anda...

Comfort chic.

Apakah mantra stail anda?

Jika anda menggemari sesuatu gaya atau persalinan, teruskan memakai tanpa berfikir dua tiga kali.

Siapakah pereka pilihan anda?

Simin Porte, Jacquemus, Yohji Yamamoto dan Elie Saab. Mereka punya ilham dan cita rasa tersendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.