Neeta, Wild & Free!

Penutup tahun 2019! Bintang muda yang terus bersinar, Neeta mencipta momen tersendiri. Let’s get the party started!

EH (Malaysia) - - CONTENTS - GAMBAR MUHAMMAD ZULFIKRY PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS JULIA AZMAN #STYLEDBYJU­LESS ARAHAN SENI YANTIE BASHARUDIN SOLEKAN & DANDANAN SAHIR SABRI

TAHUN 2019, ANDA SEDANG SIBUK DENGAN...

Mempromosi lagu single terbaru saya iaitu Ilusi dan Ruang Mimpi. Malah, saya juga bakal beraksi kembali sebagai hos dan mungkin akan terjun dalam bidang lakonan. Jika ada rezeki dan berkesempa­tan untuk mencuba.

APAKAH AGENDA SETERUSNYA?

Saya akan menghasilk­an lebih banyak lagu. Video klip Ruang Mimpi akan dilancarka­n. Untuk tahun 2020, saya akan memberi lebih fokus keapada karier nyanyian solo. Kumpulan saya iaitu IamNeeta sedang berehat seketika.

BAGAIMANAK­AH GAYA PERIBADI ANDA?

Kasual,sesuatu gaya yang selesa, ‘malas-malas’ dan jika digabungka­n menjadi sesuatu yang di luar jangkaan. Saya mudah dan senang bergerak bersama kasut but kerana mudah disuai padan dalam apa gaya atau stail.

APAKAH WARNA PILIHAN ANDA?

Hitam atau warna-warni. Bergantung kepada mood juga. Tetapi, jika saya dalam fasa PMS, rasanya anda tahu apa warna yang saya akan pilih. Hehe...

APAKAH ITEM FESYEN YANG KURANG KURANG GEMARI?

Fanny packs! Big no no for me.

SENARAIKAN TIGA BUCKET LIST ANDA?

Berkunjung ke taman tema ‘The Wizarding world of Harry Potter’, terutama sekali di Amerika. Kedua, berenang bersama ikan jerung, jenis jerung putih boleh juga tetapi seharusnya ikan itu di dalam sangkar. Ketiga pula memenangi anugerah lagu atau album terbaik satu hari nanti!

SIAPAKAH PENYANYI KEGEMARAN ANDA?

Paramore, Twenty One Pilot, Ariana Grande, Muse. Dalam senarai saya masih banyak, agaknya jika jika disebut semuanya tak cukup satu muka surat temubual ini.

LOKASI PERCUTIAN IDAMAN ANDA?

Iceland! Saya ingin melihat keindahan Aurora dan ke tempat Harry Potter.

Dress potongan vintaj batu jemeki, ZARA. SEBELAH Top ikatan reben, ZARA.

Gaun cetak genggang, GUESS. SEBELAH Blaus putih ropol, ZARA. Skirt bulu pelepah, GUESS.

Gaun sarat sekuin bersama ikatan reben, MAARIMAIA. SEBELAH Dress pendek sekuin, ZARA. Tali pinggang, GUESS.

Top Inner rona metalik, milik penata gaya. Gaun maksi cetak bunga, GUESS. SEBELAH Kot rona biru, ZARA. Seluar potongan bellbottom sekuin, ZARA. Rantai kristal, SWAROVSKI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.