Halwa TELINGA

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Sememangnya muzik sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini. Biarpun genre berbeza yang anda gemari, perkara asas yang penting adalah lantunan bunyi yang enak untuk dinikmati saat merehatkan tubuh di kediaman usai pulang dari kerja. Manakala yang memiliki profesion tertentu, menggunakan fon kepala dapat membantu menyelesaikan pelbagai tugasan. Sememangnya jenama Marshall sudah terkenal dalam membawakan seleksi pembesar suara yang terbaik.

Dengan rekaan terkini yang membawakan nafas retro, rekaan pembesar suara jenama ini merupakan pelengkap terbaik dekorasi ruang kediaman anda. Buat masa ini mereka menawarkan empat pilihan berbeza yakni Stockwel, Kilburn, Stanmore dan Woburn mengikut keperluan

Pilihan fon kepala dengan kemasan mewah tampil elegan. Rekaan pembesar suara menampilkan gaya retro bersulam elegan. Apa? Yang Istimewa

Di mana Jika sebelum ini Marshall boleh anda dapati di toko berbeza, kini segalanya dihimpunkan di bawah satu bumbung di ruang pamer C Zone yang terletak di Tingkat 2, Pusat Beli Belah IOI City Mall, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.