GALERI EDITOR

Glam Deko (Malaysia) - - Contents - Karya Hebat

Ideologi rekaan membentuk karya hebat produk premium

Inovasi, praktikaliti, seiring fungsi terjemahan karakter setiap satu rekaan sentuhan pereka. Sarat ideologi dan identiti mengangkat martabat ciptaannya

Permaidani Arena, direka untuk memupuk permainan maya- realiti, ditandakan dengan sentuhan corak rabung seperti sunburst di bahagian tepi untuk menjamin pijakan yang sangat selesa.

Kerusi Tent oleh Hubert diperbuat daripada satu nilon kitar semula yang diregangkan di atas bingkai keluli. Setiap helai nilon mengandungi lebih daripada 2 juta gelang rajutan dan 50,000 meter benang - didakwa rekaan yang pertama seumpamanya di dunia.

Armchair Pocket oleh Stone Designsthat yang mempunyai ruang tambahan untuk memastikan restoran, bar dan lobi hotel bebas daripada keadaan semak. Idea oleh Eva Prego dan Cutu Mazuelos untuk jimat ruang.

Studio reka bentuk Oslo Anderssen & Voll menghasilkan koleksi pouf berbentuk bulat lima sudut yang direka empuk dan lembut untuk jenama Denmark Muuto.

Kintsugi - koleksi terbaru Seletti yang dipamerkan di Maison & Objet 2018. Direka oleh Marcantonio Raimondi Malerba, diilhamkan dari seni Jepun menggunakan emas atau perak cair untuk cantuman objek seramik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.