CHIC KONTEMPORARI

Glam Deko (Malaysia) - - Contents - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni & Penata Gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar PATRICK CHAN

“Gaya dekorasi dan menghias saya banyak dipengaruhi gaya pereka bentuk London, Sophie Paterson dan Laura Hammet.” Mumtazah Abdul Mokti

Ketelitian Memilih Perincian, Aksesori Dan Titik Simetri Menjadi Kunci Penataan. Dipengaruhi Dan Mengguna Pakai Idealisme Dekor Pereka Bentuk London Sophie Paterson Dan Laura Hammet, Menjelmakan Banglo Di Kampung Lambak Serba Kena Gaya Dan Sedap Mata Memandang

Reka bentuk tetingkap ala Mediterranean pada binaan banglo dua tingkat ini menangkap perhatian saya. Ruang patio turut dipengaruhi seni bina Mediterranean dihiasi beberapa pasu tanaman bunga yang sedang menunggu waktu untuk mekar. “Binaan tetingkap inilah antara faktor yang membuatkan saya jatuh cinta pada kediaman ini sewaktu kali pertama melihatnya. Selain, lokasinya yang strategik berhampiran dengan tempat kerja saya dan suami serta dekat dengan kediaman kaum keluarga yang lain,” cerita Mumtazah Abdul Mokti, pemilik kediaman membuka bicara petang itu.

Pintu masuk membawa terus ke ruang foyer. Terlihat piano yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu padu dibiar tanpa sebarang kemasan cat untuk si anak gadis berlatih muzik saban minggu. “Kebetulan ada kenalan yang sudah lama menetap di Brunei mahu pulang terus ke negara asal, dan mahu menjual piano ini sebelum berpindah. Tanpa berfikir panjang, saya terus membelinya,” sambung Mumtaz.

Menghala ke ruang tamu utama di sayap kiri banglo, mainan warna alami krim dan coklat menguasai segenap ruang. Cosy dan mendamaikan, ruang terbahagi kepada dua bahagian duduk- duduk. Kata Mumtaz, “Ruang ini agak besar dan lapang, jadi saya perlu bijak menyusun atur sofa dan meja agar dapat membentuk ruang sosial dalam suasana selesa dan kasual. Lagipula, ini memberikan lebih ruang untuk saya melayani tetamu dengan lebih baik.”

WARISAN KELUARGA

Aturan kusyen- kusyen berbentuk bulat kelabu, kuning dan biru firus daripada Maison Curio memecah dimensi warna di ruang tamu utama. Ajnas pasu dan kelalang kristal serta aksesori porselin tersusun cantik di serata ruang antaranya di atas meja konsol dan meja tepi. “Sebelum berpindah lagi, saya sudah mula memilih barangan dan aksesori milik ibu yang mahu diletakkan disini. Selain punya nilai sentimental, sudah tentu kerana semuanya cantik dan menepati cita rasa saya,” cerita Mumtaz seraya ketawa. Mumtaz sempat menunjukkan beberapa koleksi pasu dan pemegang lilin kristal milik ibunya yang dikumpul lewat kembara ke serata dunia.

Mumtaz mengakui di Brunei agak terhad untuk mendapatkan perabot dan aksesori dekor. Kata Mumtaz, “Orang Brunei kebanyakkan membeli- belah di luar untuk mendapatkan lebih banyak pilihan menarik dan paling dekat ialah Miri, Sarawak dan tentunya, Kuala Lumpur. Kali terakhir saya di Kuala Lumpur tahun lalu; kawan baik, Tania membawa saya ke Central Market untuk melihat sendiri dan membeli pinggan mangkuk viral. Sempat juga saya membeli beberapa kusyen di Parkson.”

Banglo seluas 5,000 kaki persegi ini terletak di Kampung Lambak. Enam kamar beradu, empat kamar kecil, ruang tamu utama, dua ruang menonton, ruang makan utama, dapur, foyer dan patio dilihat cukup

“Sebelum berpindah lagi, saya sudah mula memilih barangan dan aksesori milik ibu yang mahu diletakkan disini. Selain punya nilai sentimental, sudah tentu kerana semuanya cantik dan menepati citarasa saya,”

ideal untuk memayungi keluarga Mumtaz bersama suami, Hairul Mohd Daud Abd Karim dan empat anak mereka. “Sebelum berpindah, kami tinggal bersama ibu bapa saya yang bertugas sebagai diplomat. Mereka baru sahaja kembali ke tanah air selepas 30 tahun hidup berkelana di luar negara. Sebelum saya melahirkan anak keempat ( tiga tahun lalu), kami merasakan perlu lebih ruang atas tuntutan keperluan hidup.”

Banglo ini terbina sejak lebih 10 tahun lalu dan disewakan sehingga suami Mumtaz, Hairul Hairul Mohd Daud membelinya sekitar empat tahun lalu. Sambung Mumtaz, “Rumah ini cukup ideal buat kami sekeluarga dan tidak banyak kerosakkan yang ditemui. Kami hanya melakukan sedikit penambahbaikkan dan cat sahaja. Raya tahun lepas, saya menambah kemasan wainscoting pada keseluruhan panel dinding di ruang tamu utama bagi mencapai rupa mahligai impian”.

Menjenguk ruang makan utama yang dibina dengan pintu- pintu penyambungan terus ke ruang tamu utama dan dapur. Set meja makan kayu gelap bereka bentuk kontemporari mampu menampung enam tetamu pada satu- satu masa. Meja terhias rapi dengan set pinggan mangkuk lengkap dengan initial huruf jawi Mim dan Haa. “Set pinggan mangkuk ini ditempah di Bangladesh, ketika ibu bapa berada di sana atas dasar tugasan. Kilang yang sama menghasilkan pinggan mangkuk bone china jenama bermutu antaranya, Noritake,” cerita Mumtaz yang amat menggemari perincian ( detailing) dan aksesori dalam menghias rumah. Sambung Mumtaz, “Gaya dekorasi dan menghias saya banyak dipengaruhi gaya pereka bentuk London, Sophie Paterson dan Laura Hammet. Malah, saya suka membelek majalah dekor dan melihat gambar- gambar inspirasi di internet. Saya akan melakukan collage sampling/ board sample untuk membantu menvisualkan konsep rekaan yang dimahukan.”

JANTUNG KEDIAMAN

Terletak di bahagian sayap kanan kediaman, dapur dibina luas tanpa sebarang dinding pemisah fungsi. Reka pelan dapur terbuka menempatkan ruang memasak, membasuh, kaunter sarapan dan ruang makan tidak formal. Jubin lantai berwarna terracotta menerapkan gaya Mediterranean di ruang ini. Meja makan kayu beralaskan alas meja renda putih mencipta ruang makan tidak formal sekaligus ruang kerja tambahan buat Mumtaz apabila berkerja di dapur. “Saya memasak setiap hari untuk keluarga. Ruang yang lapang mempercepatkan pergerakan. Kaunter sarapan ini baru sahaja dibina dan kami memilih jubin jenis geometri untuk menyempurnakannya,” kata Mumtaz yang gemar membakar kek dan biskut.

“Sebelum berpindah, kami tinggal bersama ibu bapa saya yang bertugas sebagai diplomat. Mereka baru sahaja kembali ke tanah air selepas 30 tahun hidup berkelana di luar negara.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.