HARTANAH

Menggabungkan elemen seni dan kebudayaan, BRDB Developments Sdn Bhd ( BRDB) melancarkan projek “Art of Living” berlokasi di bandar Tamansari, Rawang, Selangor. Paparan sentuhan seni dan eksperimental projek dipersembahkan landskap taman- taman tropika di

Glam Deko (Malaysia) - - Ogos / Sep 2018 -

Projek hartanah bertemakan Seni kehidupan direka seiring gaya hidup masa kini.

“Art of Living” mendapat inspirasi daripada kekayaan sejarah lalu bandar Rawang, salah satu bandar satelit perlombongan pertama di Kuala Lumpur yang juga merupakan pengeluar utama timah dan getah hingga ke tahun 70an. Fasa pertama projek ini menampilkan karya empat orang seniman terkemuka Malaysia iaitu Ramlan Abdullah, Umibaizurah Mahir Ismail, Haffendi Anuar dan Jun Ong Kolaborasi ini bakal membawakan perspektif unik dan tersendiri melalui karya seni yang menunjukkan semangat persaudaraan dalam masyarakat, paparan konteks interaksi sosial serta keseronokkan dalam pengalaman bersama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BRDB, Kajendra Pathmanathan, “Kami di BRDB menawarkan unit kediaman yang indah dan berkualiti, selain pembinaan sebuah masyarakat yang bakal mencetus inspirasi. Projek “Art of Living” merupakan contoh terbaik semangat maju jaya kami. Melalui inisiatif ini, kami berazam untuk membentuk sebuah kawasan kediaman yang ceria dan menyeronokkan kepada bakal penduduk dan pengunjung di Tamansari bagi mengeratkan hubungan persaudaraan dan menonjolkan kreativiti bersama.”

Tambahnya lagi, “Kita boleh menggunakan seni dengan pelbagai cara, yakni menterjemahkan emosi dan pengalaman dalam kehidupan seharian dan juga dalam masyarakat sekeliling. Anda boleh menghayati karya seni ini sebagai aktiviti masyarakat bersama dengan ahli keluarga, jiran- jiran dan rakan- rakan, ataupun dengan ketenangan bersendirian.”

Pilihan lokasi kediaman

Terletak 30 hingga 35 kilometer ke utara bandar Kuala Lumpur, Rawang merupakan salah satu bandar satelit pertama, setelah ditubuhkan sebagai sebuah kawasan perlombongan utama pada awal abad ke19. Bandar Rawang kini berkembang pesat dengan pertumbuhan pembangunan kawasan kediaman dan komersial baru.

Pelbagai kemudahan lengkap dan terbaik, antaranya termasuklah pembukaan AEON Jusco berkeluasan 55,000 kaki persegi, pelbagai institusi kewangan serta rangkaian kedai makanan dan minuman hadir untuk memenuhi tuntutan gaya hidup di sini. Tidak ketinggalan penubuhan beberapa sekolah antarabangsa, serta pelancaran pelbagai kemudahan awam seperti Hospital Pakar KPJ Rawang juga berada di dalam perancangan yang bakal meningkatkan gaya hidup di bandar Rawang.

Kawasan perumahan Tamansari merupakan aset pegangan bebas berpagar, serta dilengkapi sistem keselamatan perimeter 24/ 7 bagi setiap fasa, selain pengawasan CCTV. Projek ini merangkumi kediaman teres bertaman, satu pusat komersial tepi tasik dan dihiasi dengan pelbagai karya seni di serata kawasan landskap kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.