LIBUR

Lokasi mengangkat tema budaya dan warisan menjadi pilihan untuk kembara buat GLAM Deko. Singapura masih memelihara sisa peninggalan pelbagai bangsa berbeza walaupun menerima arus pemodenan dengan jayanya

Glam Deko (Malaysia) - - Ogos / Sep 2018 -

Kembara eksotika ke Sri Lanka dan eksplorasi makanan halal di Singapura.

VILLAGE HOTEL ALBERT COURT

Untuk malam kedua, kami dibawa berpindah ke sebuah hotel lain yang terletak tidak jauh dari penginapan malam pertama kami. Berbeza dari segi rekaan dan seni bina hotel, Village Hotel Albert Court ini merupakan deretan unit kedai lama yang dipelihara dan dijadikan sebagai hotel penginapan. Dengan jumlah bilik penginapan yang lebih terhad, terasa lebih eksklusif dan damai tatkala menetap di sini. Namun begitu mereka tetap menawarkan seleksi kemudahan standard seperti sauna dan gimnasium untuk kemudahan para pelanggan di sini. Jika Village Hotel Bugis mempunyai tarikan sekitar yang mengelilingnya, tidak kurang juga buat Village Hotel Albert Court. Untuk mereka yang gemar berjalan kaki, lokasi beli belah utama Kota Singa yakni Orchard Road boleh anda kunjungi dengan hanya berjalan kaki sekitar 10 minit. Namun terdapat kemudahan lain seperti MRT dan bas untuk anda cuba.

Secara peribadi, saya lebih menggemari bilik penginapan dan gaya dekorasi yang diterapkan pada Village Hotel Albert Court. Rasa warisan dan budaya yang masih menebal selain kekal dipelihara mengingatkan saya pada kampung halaman yang kian bertukar moden ditelan kemajuan teknologi. Namun keduadua lokasi ini memberikan servis yang terbaik selain kakitangan yang ramah dan banyak membantu kami agar penglaaman menginap di sini menjadi lebih selesa dan menyenangkan.

VILLAGE HOTEL BUGIS

Kunjungan kali ini kami diterbangkan oleh rangkaian hotel Far East Hospitality untuk merasai pengalaman menginap di lokasi yang dikelilingi pelbagai tarikan berbeza. Jenama ini menggabungkan beberapa rangkaian lain antaranya Village Hotel, Rendevouz. Lokasi pertama sejurus tiba ke kota Singa ini adalah sebuah hotel yang terletak strategik berdekatan Masjid Sultan yang merupakan binaan ikonik yang sarat dengan pelbagai tarikan berbeza untuk para penduduk tempatan juga buat pelancong. Hotel pertama yang menjadi lokasi penginapan kami adalah Village Hotel Bugis. Semestinya lokasi yang strategik menjadi salah satu kunci mengapa hotel ini menjadi pilihan ramai pelancong. Tidak saya nafikan sementara menunggu proses mendaftar masuk ke bilik penginapan, tidak putus pelancong antarabangsa dan Asia menanti giliran melakukan urusan yang sama. Menarik di hotel ini kehadiran kami dan tetamu lain disambut dengan sebuah gerai kecil yang menghidangkan juadah ringan tempatan seperti teh tarik bersama karipap dan cucur pisang.

Sesudah berehat dan menyegarkan diri di bilik penginapan, kami dibawa melawat ke beberapa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan buat para tetamu di sini. Secara asasnya kemudahan yang disediakan adalah sama seperi hotel lain namun terdapat beberapa bilik penginapan yang menampilkan gaya tersendiri dan disesuaikan untuk mereka yang hadir berkeluarga. Dengan lokasi yang strategik di sini amat mudah untuk para pengunjung mendapatkan seleksi makanan halal. Jika anda gemar menikmati hidangan di dalam hotel, mereka menawarkan dua restoran yang membawakan seleksi jenis menu berbeza. Salah satu darinya merupakan restoran yang sering dipenuhi pengunjung lokal dan antarabangsa, yang dikendalikan oleh Chef selebriti.

Lokasi hotel yang strategik ini menampilkan kawasan persekitaran yang menggabungkan budaya antara tiga kaum berbeza yakni Peranakan, Arab juga India. Dengan hanya berjalan kaki sekitar dua minit, anda bakal menjelajah ke Haji Lane dan Arab Street yang sarat dengan pelbagai kafe unik juga butik artistik yang membawakan ajnas produk gaya hidup, fesyen juga kulinari. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah # playlikelocal dan # eatlikelocal yang memberi kami peluang untuk mencuba sendiri seleksi kedai yang terletak sekitar radius hotel ini. Jika sebelum ini anda pernah mendengar nama restoran ZamZam, ia sebenarnya hanyalah beberapa meter sahaja dari lokasi Hotel Village Bugis. Tarikan ternama untuk kawasan di sini semestinya masjid Sultan, Kampung Gelam juga Pusat Kebudayaan Melayu yang terletak berhampiran hotel ini.

94

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.