BIJAK MEMILIH

Glam Deko (Malaysia) - - Kata Pengarang - Suhana Desa EDITOR suhanadesa@ bluinc. com. my

ps. Di kesempatan ini, warga kerja majalah GLAM Deko ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke- 61 dan Selamat Hari Malaysia September nanti. Merdeka jiwa, merdeka minda!

Kualiti hidup yang baik seringkali dihubungkait dengan memiliki rumah yang selesa. Tidak kiralah kediaman jenis strata atau pembangunan hartanah seperti teres, unit berkembar atau banglo. Namun hakikatnya, tidak mudah untuk memiliki hartanah ketika ini. Faktor harga yang mahal, ekonomi negara yang tidak menentu bahkan bebanan hutang yang sedia ada ditanggung. GLAM Deko mengupas isu ini dengan garis panduan untuk bertindak bijak sebelum membuat pelaburan hartanah.

Apabila sudah memiliki kediaman yang diimpikan, rancang dahulu perkara yang menjadi keutamaan. Bersikap bijaklah dalam memaksimakan ruang dengan konsep yang bersesuaian, mengikut cita rasa seiring gaya hidup sendiri. Dengan kata lain, ‘ ukur baju di badan sendiri’. Tidak perlu nampak gah, sehinggakan menanggung beban hutang lagi! Paling penting, ruang yang ditata hias sentiasa tersusun rapi dan praktikal untuk didiami.

Ikuti perkongsian tentang bagaimana mencipta ruang terampil kemas mengikut fungsi, keluasan dan gaya yang ingin ditonjolkan. Ini kerana setiap ruang boleh diolah berbeza dan tidak hanya dalam satu padanan gaya. Tidak salah jika mengadaptasi konsep suai padan kerana ia juga mampu memberikan suasana dan mood ruang yang lebih selesa kita perlu bijak bermain susun atur perabot dan padanan aksesori. Ruangan Ilham bakal menyuntik inspirasi buat anda dalam mencipta gaya hebat dan penuh pesona.

Kediaman adalah titik permulaan untuk segalanya. Ketenangan jiwa dan kestabilan yang tercipta di rumah bakal memberikan aura positif untuk perjalanan hidup kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.