berbicara mengenai perkembangan projek terbaru Bandar Rimbayu di bawah IJM Land.

Glam Deko (Malaysia) - - Kediaman -

Ramai yang menyatakan bahawa Bandar Rimbayu adalah sebuah projek yang indah untuk didiami. Melihatkan betapa menariknya perancangan bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan, apakah demografik yang menjadi sasaran untuk pembangunan ini? Sememangnya pembangunan ini sesuatu yang indah untuk dimiliki. Kami membayangkan untuk keluarga di peringkat pertengahan hingga berpendapatan tinggi yang sedang mencari kediaman yang mampu menawarkan gaya hidup seimbang serta memfokuskan kepada alam semulajadi, keselamatan, dan komuniti yang turut memberi sokongan pada insan sekeliling. Aksesibiliti adalah faktor yang sentiasa penting dalam memilih lokasi untuk kediaman. Merujuk kepada Persiaran Rimbayu, bagaimanakah anda melihat faktor ini? Ini adalah sememangnya benar, aksessibiliti adalah satu perkara utama yang kita beri perhatian dalam meluluskan sesuatu projek pembangunan dan untuk itu, ia turut diaplikasi untuk Persiaran Rimbayu. Pilihan laluan sambungan berbeza seperti lebuhraya ELITE dan SKVE, menjadikan penduduk mudah untuk berulang alik dari kediaman mereka ke kawasa sekitar. Melalui lebuhraya ini, hanyalah 25 kilometer menuju ke KLIA dan KLIA2 dan 17 kilometer menuju ke pusat pentadbiran negara yakni Putrajaya. Tidak banyak pembangunan yang menyertakan residential clubhouse namun ia berbeza untuk Bandar Rimbayu yang menawarkan kemudahan ini. Secara amnya ia selalu dibina dengan memberikan pilihan menarik untuk dinikmati sebagai satu keluarga. Apakah kemudahan yang disediakan di Rimbayu Clubhouse? Terdapat beberapa kemudahan dan aktiviti yang tersedia di clubhouse ini. Antaranya adalah kolam renang bersaiz Olimpik, kolam randuk yang dilengkapi permainan air, jakuzi, sauna empat buah gelanggang badminton, dua buah gelanggang skuash, bilik hiburan karaoke/ audio visual, bilik permainan, gimnasium dua tingkat, taman linear dan sebuah kafeteria. Kami begitu teruja membawakan kelengkapan ini dan menjanjikan yang terbaik untuk memastikan clubhouse ini bakal dibuka sekitar bulan januri 2019. Tidak hanya itu, kami juga merancang untuk menyediakan dua jenama makanan dan minuman yang menyediakan khidmat pandu- lalu yang berada di clubhouse ini dan dijangka beroperasi sekitar pertangahan tahun 2019. Ini bakal menjadi pilihan untuk para residen bersantai bersama keluarga dan rakan- rakan. Melihatkan kepada pembangunan Bandar Rimbayu yang telah melancarkan hampir kepada 2800 unit kediaman dan 136 unit komersil bermula tahun 2013. Ia merupakan pencapaian yang mengagumkan. Apakah perancangan masa hadapan? Inovasi adalah kunci utama yang memandu kepada perkembangan di IJMLand dan ia merupakan budaya yang diaplikasi, yakni untuk memperkenalkan kediaman potensi yang mampu memenuhi kehendak pasaran dan gaya hidup para pelanggan semasa. Kami masih terus mencuba untuk meneroka kelebihan- kelebihan yang baru dalam jenis- jenis kediaman berbeza untuk memberikan pengalaman kehidupan berbeza setiap hari kepada pemilik kediaman. Kami teruja untuk lebih projek menarik juga kediaman mampu milik untuk tahun- tahun mendatang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.