Kilang Taman

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Prada Group memperkenalkan ibu pejabat perindustrian baru di Valvigna, di wilayah Arezzo. Siap pada 2017, ibu pejabat ini turut berfungsi sebagai gudang bahan mentah dan pengurusan bahagian pengeluaran dan pembangunan koleksi barangan kulit untuk Prada dan Miu Miu. Selain itu, dibangunkan juga ialah arkib sejarah barangan kulit dan koleksi kasut, pejabat umum perkhidmatan dan pentadbiran industri, auditorium, kawasan sistem dan pusat pemprosesan data Prada Group. Ibu pejabat Valvigna direka bentuk oleh Guido Canali mengadaptasi teknologi mampan tenaga dan mesra alam. Guido mahu memulihkan wilayah terdegradasi dan mengurangkan kesan landskap yang dirancang pembinaan selaras usaha Prada Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.