Alila Bangsar

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Rangkaian Alila Hotels & Resorts meluaskan jajahan takhluknya di Bangsar. Mengangkat gaya moden dan keselesaan optimum, Alila Bangsar direka oleh pasangan duo, Lyndon Neri dan Rossana Hu. Alila Bangsar memiliki 143 kamar yang direka dengan keseimbangan antara privasi dan aliran cahaya semulajadi dengan panorama indah Kuala Lumpur. Aras 41, lobi aras tinggi menghadap kolam renang pada aras 40 untuk anda bersantai ditemani landskap ala tropika moden. Alila Bangsar turut menyahut seruan alam dengan teknologi kemampanan tenaga termasuk teknologi IPTV, yang mana anda boleh mengakses pelbagai maklumat hanya di skrin televisyen. Pelaksanaan E- Zones mesra alam antara kemudahan untuk pengunjung dan mengehadkan penggunaan kertas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.