DATAI LANGKAWI

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Resort lagenda Malaysia, The Datai Langkawi mengumumkan pembukaan semula pada 10 September tahun ini selepas 12 bulan menjalani proses naik taraf dan pemulihan. Rebirth - The Datai Langkawi tampil serba baru

termasuk imej dalaman dan luaran ( exterior) membawa identiti visual dan penjenamaan baru selepas 25 tahun. Projek diketuai oleh Didier Lefort daripada studio reka bentuk Paris, DL2A bersama arkitek Australia, Kerri Hill yang bertanggungjawab mereka bentuk The Datai pada 1993. Lobi dan landskap mengalami perubahan paling dramatik dan ketara. Manakala, kamar - kamar penginapan menyaksikan pemulihan menyeluruh termasuk suite, vila dan ruang awam yang mempersembahkan gaya unik Lefort. Tiga Hutan Kolam Hujan telah ditambah di sepanjang Sungai Datai merentasi hutan hujan hutan berusia 10 juta tahun seluas 750 hektar, dengan dek dan kolam menghadap perairan jernih. Empat Datai Estate baru seluas 3,500 meter persegi akan menjadi salah satu vila terbesar di Asia, yang terdiri daripada bilik tamu yang luas bilik permainan, dua kolam renang bersambung 20 meter, perkhidmatan butler 24 jam serta peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.