Hotel Mov

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Menyerap segala sinergi kehidupan kota, hotel terbaru di ibu kota, Hotel Mov meraikan penginapan berpatutan dengan reka bentuk inovatif yang membawa pengalaman gaya hidup kontemporari. Hotel Mov mengintegrasikan unsur hotel mewah pada setiap ruang dalaman yang dibina dengan penggunaan tekstur, elemen pencahayaan dan perabot unik berkarakter. Hotel moden ini hadir dengan 138 kamar penginapan. Kamar mandi dibangunkan dengan ruang mandi melengkung yang mempunyai lampu boleh berubah warna. Apabila ke Hotel Mov, pastikan melihat sembilan rekaan bentuk loft dengan empat reka bentuk berbeza termasuk Top Entourage untuk keluarga, Top Oasis untuk pasangan, satu loft direka denan kawasan duduk duduk dan satu lagi dibina untuk suasana romantik bersekali tab mandi dan gemerlapan lampu- lampu malap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.