DINAMIK KUASA ELEKTRIK

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Alami pemanduan lancar dan berkuasa dengan kereta BMW Hybrid Plug- In terbaru, BMW X5 xDrive40e. BMW X5 xDrive40e adalah model ke- 11 dalam portfolio jenama BMW yang dipasang sepenuhnya di Malaysia yakni BMW Group Malaysia’s Assembly Facilities, Kulim Hi- Tech Park.

Mesra alam, BMW X5 xDrive40e dijana kuasa oleh teknologi hibrid. Ciri paling ketara, sambungan pengecasan untuk bateri voltan tinggi di sayap depan kiri kereta. Cahaya biru akan muncul pada permulaan proses pengecasan bagi mempamerkan aliran tenaga. Sistem ekzos BMW X5 xDrive40e direka bentuk bentuk twin- tailpipe dengan tips trapezoidal.

BMW X5 xDrive40e baru turut memperkenalkan ciri dinamik Pakej Aerodinamik M Sport sebagai ciri standard kereta. Selain penggunaan lampu LED Adaptive untuk pengcahayaan aras atas, BMW X5 xDrive40e juga dilengkapi peng cahayaan LED cahaya malap. Rangka kereta padu dalam binaan BMW Individual Exterior Line Aluminium berkemasan satin berkilat. Tayar terlindung rapi oleh empat roda aloi ringan 19 inci M Double- Spoke.

Meski dijana kuasa sepenuhnya oleh tenaga elektrik dengan sifar pelepasan, ini menjadikan BMW X5 xDrive40e kereta BMW EfficientyDynamics masa hadapan. Pemandu dapat merasai prestasi pemanduan luar biasa dengan gabungan pemanduan berkuasa elektrik dan dinamik utuh dalam binaan kereta lasak. BMW Twinpower Turbo & Teknologi BMW Edrive Kawalan pintar hybrid powertrain dan pemanduan semua roda bergerak bersama ( all- wheel drive), memberikan prestasi BMW X5 xDrive40e sangat berkesan dan kecekapan tertinggi di jalan raya. Sistem pemacu terdiri daripada enjin petrol 4 silinder 2 liter dengan teknologi BMW TwinPower Turbo dan motor elektrik bergerak bersepadu dalam transmisi Steptronic 8 kelajuan.

Sebagai unit petrol 4 silinder paling berkuasa dalam portfolio enjin BMW Group, SAV yang baru dikuasai BMW X5 xDrive40e menjana output maksimum 245 hp dan 350 Nm puncak tork.

BMW X5 xDrive40e baru ini dapatkan mencapai tahap kelajuan pemanduan bermula dari 0 hingga 100 km / jam dalam hanya 6.8 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 210 km / jam dan maksimum 450 Nm. Manakala, dalam mod semua- elektrik, SAV baru dapat bergerak pada kelajuan tertinggi 120 km / j. Percepatan dinamik luar biasa BMW X5 xDrive40e baru ini disertai dengan penggunaan bahan api lebih rendah yakni hanya 3.3 liter bagi setiap 100 kilometer perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.