Aksesori Multifungsi

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Bagi yang memiliki kediaman terhad ruang, ottoman Bongo daripada King Living adalah belian terbaik. Boleh berfungsi sebagai kerusi, bangku kaki mahupun meja kopi; Bongo hadir dalam pilihan kemasan fabrik penjagaan mudah atau kulit mewah. Bahkan balutan fabrik atau kulit boleh ditanggal untuk dibasuh atau ditukar ganti untuk rupa baru. Aksesori dulang buatan bahan venir sebagai fungsi tambahan. King Living di IPC, Mutiara Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.