CANTIK MEWAH

Layangan haruman dan warna- warna indah jenama ternama TOM FORD menjadi seleksi terkini buat pencinta kecantikan ibu kota

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Apa? Destinasi kedua untuk butik kecantikan jenama tersohor Tom Ford selepas Convent Garden, London adalah pusat beli belah terkenal kota Kuala Lumpur yakni Suria KLCC. Ia telah membuka pintunya pada awal bulan Jun lalu. Dengan keluasan mencecah 926 kaki persegi, gaya hiasan dalaman ultra moden menjadi perlambangan terbaik untuk jenama yang sinonim sebagai refleksi kemewahan penggunanya. Gabungan marmar putih bersama arca gelas rona kelabu menyerlahkan pameran produk yang terdiri dari alat kosmetik dan haruman buat jejaka dan wanita yang mementingkan penampilan diri.

Yang Istimewa? Untuk yang mahukan sentuhan istimewa, ruang butik ini memyediakan khidmat solekan peribadi berdasarkan temu janji oleh Pakar Kecantikan Tom Ford antaranya shade and Illuminate philosophy, definitive brows, kelas solekan VIP juga solekan untuk pengantin. Mereka turut menyediakan khidmat customization untuk haruman. Manakala untuk yang mahukan khidmat rundingan ekskusif dalam membuat pilihan haruman dan kosmetik, terdapat juga The Makeup Lounge, ruang khusus untuk anda nikmati.

Di mana Pastikan anda menikmati sendiri pengalaman memilih seleksi terbaik dan indah yang tersedia di butik eksklusif Tom Ford ini. Ia menempati aras bawah di G04, pusat beli belah Suria KLCC yang strategik dan mudah dikunjungi.

Gaya mewah melatari ruang pamer jenama ini dengan mainan pencahayaan dan refleksi cermin sebagai nadi penataan hiasan dalaman. Antara ruang yang disediakan untuk para pelanggan menikmati sendiri rangkaian haruman dan solekan jenama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.