Trivia Warna

Glam Deko (Malaysia) - - Palet -

1. Kuning salah satu warna neon. Perlahankan sinergi kuning dengan padanan spektrum warna neutral seperti coklat gelap, kelabu dan putih pada penggayaan aksesori; sarung kusyen, kemasan lembut, lampu meja. 2. Kemasan kertas dinding bercorak kuning pada dinding fokal di kamar beradu dapat mencetuskan impak dramatik. 3. Campuran warna- warna terang lain; merah samar, biru firus, hijau pucuk pisang menerusi pilihan warna perabot meja konsol, kerusi berlengan atau sekadar pouf untuk gaya eklektik segar. 4. Bagi menjadikan kuning kelihatan lebih lembut, pilihan perabot kayu berwarna coklat cerah bersama hamparan permaidani linen dilihat menjadi.

Versace mengembalikan kegemilangan corak dan paduan warna kuning hitam ikonik jenama ini untuk musim bunga 2018.

Kabinet Showtime Jamie Hayon mempamerkan rekaan sokongan kaki pelbagai bentuk menarik buat yang mendambakan gaya quirky.

Bangku Imba, Moroso dibuat sepenuhnya menggunakan tangan untuk menenun benang biasa membentuk alas duduk berbentuk jala ikan.

Kerusi berlengan Cadeira Braco Oly tercipta dalam pelbagai pilihan warna pop untuk kegunaan luar mahupun dalam kediaman.

Pasu tanaman Okura, Jonathan Adler hadir dalam tiga warna bergaya yakni kuning, oren dan biru buat menghidupkan pojok di kediaman.

Set pelapik cawan oleh Sanderson untuk Pimpernel mampu menahan haba mencecah 100 darjah selsius. Ada di Janine, BSC dan Great Eastern Mall.

Kusyen geometrik, Tom Dixon dipatenkan menggunakan fabrik baldu nipis mewah untuk rasa elegan feminis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.