Utiliti Ruang Tamu

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang -

Ruang tamu merupakan antara ruang yang memerlukan simpanan yang praktikal kerana ruang ini merupakan lokasi anda menerima tetamu. Kotak simpanan yang ditindih bertingkattingkat pastinya tidak kelihatan menarik tatkala kunjungan tetamu. Pelbagai sistem penyimpanan boleh digunakan seperti sistem rak bersekali konsol televisyen.

TIP PENYIMPANAN 1. Gunakan sofa yang bersifat modular dan multifungsi yang boleh dilaras mengikut kesesuaian ruang dan majlis juga hadir dengan ruang simpanan. 2. Maksimakan penyimpanan pada perabot asas seperti meja kopi dan meja sisi. 3. Pembahagian ruang boleh menggunakan rak serbaguna seperti antara ruang menonton dan ruang makan. Pilih yang bertutup jika khuatir nampak terlalu semak. 4. Elak daripada meletakkan sistem simpanan yang tidak menarik di ruang yang terlihat jelas seperti di bawah meja kopi atau penjuru ruang tamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.