Kemas Kini Dapur

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang -

Secara asasnya dapur sememangnya menggunakan kabinet untuk penyimpanan bahan masakan juga perkakasan lain seperti bekas kedap udara dan sebagainya. Rekaan yang menarik penting untuk memastikan ia nampak cantik dan mengangkat tema dekorasi keseluruhan ruang dapur. Pastikan saiz ruang dan warna pilihan anda menjadikan ruang dapur terlihat kemas dan teratur. Kini banyak teknologi yang mampu memaksimakan ruang seperti rak khusus penjuru atau rak gelangsar untuk ruang kecil tersembunyi.

TIP PENYIMPANAN 1. Letakkan baki makanan di bahagian lebih hadapan di dalam peti ais berbanding bahan mentah. Ini menjadikan anda lebih sedar berbanding meletakkannya di belakang bahan mentah. 2. Jika anda tidak memperuntukkan ruang yang besar di sinki dapur, anda mungkin boleh membina kabinet yang bersekali ruang pengeringan pinggan mangkuk yang terletak di atas sinki dapur. 3. Koleksi bekas simpanan makan dan bekas kedap udara boleh memakan ruang yang banyak. Selain bertindan, anda turut boleh mengisi bekas yang bersaiz kecil ke dalam bekas yang lebih besar tanpa meletakkan penutupnya untuk menjimatkan ruang. 4. Gunakan dulang- dulang kecil yang boleh di tindih bagaikan dulang simpanan. Selain nampak lebih kemas anda turut boleh menyimpan lebih banyak barang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.