Santai kamar Beradu

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang -

TIP PENYIMPANAN 1. Banyak rekaan katil yang disertakan dengan ruang simpanan ataupun laci untuk anda meletakkan barangan. Tetapkan kesesuaian penyimpanan mengikut praktikaliti perabot contohnya untuk laci di bawah katil sesuai anda letakkan cadar dan sarung bantal juga selimut tambahan. 2. Periksa tahap kelembapan atau gunakan sahaja bahan yang dapat mengurangkan lembapan juga penyahbau untuk memastikan barang yang disimpan khususnya fabrik berbau segar apabila hendak digunakan. 3. Jika anda tidak mempunyai ruang persalinan, apa kata asingkan pakaian yang henda digayakan untuk seminggu di satu pojok khas, ini lebih menjimatkan masa dan mengelakkan anda membongkar jika sedang mengejar masa. 4. Cuba gunakan rak konsol utuk penyimpanan jika anda mempunyai dinding yang kosong. Hiaskan di atasnya dengan seleksi tas tangan dan aksesori.

Membiarkan kamar beradu tidak teratur merupakan antara kekurangan dalam pentaan ruang kediaman. biarpun ruang ini dikira sebagai ruang peribadi, kekemasan penting untuk kesejahteraan pasangan mahupun buat si anak yang sedang membesar. Ruang yang memiliki penympanan sempurna menjadikan segala kelengkapan dan perlatan tersusun rapi dan mudah dicari saat ia diperlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.