PENGEMBARAAN eksotika

Dikenali sebagai Mutiara Samudera India ( Pearl of Indian Ocean), kerana bentuk geografi dan muka buminya menyerupai mutiara atau titisan air mata, Sri Lanka negara kecil namun penuh pesona untuk dieksplorasi

Glam Deko (Malaysia) - - Libur - Teks & Penyelaras AFIQ KHAIRUDIN Gambar AFZAN8086, SHUTTERSTOCK & ANANTARA KALUTARA

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘ rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang germerlapan”. Ikuti catatan perjalanan penulis dan juga Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

11 APRIL 2018

Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Colombo sangat teruja dirasakan. Setelah 3 jam 30 minit penerbangan dari Kuala Lumpur, saya akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike International Airport. Ketibaan saya disambut oleh Mr Rana, yang merupakan pemandu pelancong sepanjang berada di Sri Lanka. Dari lapangan terbang antarabangsa ini, saya dibawa ke Yala yang mengambil masa perjalananan selama 5 jam 30 minit menggunakan lebuh raya dan kawasan kampung. Di sepanjang perjalanan, mata tertarik dengan kehadiran kumpulan burung merak yang mewarnai pemandangan di sana. Pengalaman yang sukar digambarkan ketika memasuki kawasan perkampungan di daerah Tangalle dengan jalan raya bersaiz kecil sebelum tiba ke destinasi yang dituju, iaitu Yala National park.

Saya perlu melalui perkampungan Hambantota yang mengambil masa 1 jam untuk tiba ke Yala National Park. Disebabkan kedudukan Yala National Park agak terpencil dan jauh ke dalam hutan, selain menjaga privasi dan mengekalkan

keaslian hutan, saya perlu dijemput di check point yang telah dijanjikan. Pengembaraan kali ini semakin mencabar kerana laluan yang kecil, permukaan jalan tanah merah yang tidak rata dan dipenuhi pelbagai spesis pokok hutan dan tumbuhan renek yang menemani sepanjang perjalanan sebelum tiba ke The Naturalist Safari Camp Yala, yakni ruang penginapan yang berkonsepkan ruang perkhemahan. Biarpun dikepung hutan, faktor keselamatan dan privasi tetamu sangat dititikberatkan. Sekeliling kawasan khemah dipasangkan dengan pagar elektrik bagi mengelakkan kemasukan binatang buas dan liar di kawasan

khemah. Khemah turut dilengkapi bilik air berkonsepkan outdoor shower yang sangat bersih dan selesa.

12 APRIL 2018

Hari kedua pengembaraan bermula seawal jam 5.30 pagi. Kami menaiki pacuan empat roda untuk meneroka keindahan dan keunikan Safari di Yala International Park. Biarpun terdetik rasa gundah dengan ancaman binatang liar, namun rasa teruja melebihi segalanya ketika menyaksikan binatang liar yang bebas berkeliaran di depan mata. Lawatan Safari ini mengambil masa selama 4 jam sebelum berangkat balik ke khemah untuk sarapan pagi dan bersiap untuk check out ke lokasi seterusnya. Pemandu pelancong, Mr Rana siap menanti untuk membawa saya ke Galle Fort yang terletak di bahagian Barat Selatan Sri Lanka yang mengambil masa selama 4 jam. Perjalanan ini turut memasuki ke kawasan Galle Fort, iaitu kota lama yang dijajah oleh kerajaan Dutch dan dibaikpulih seni bina lama. Di Galle, saya bermalam di The Bungalow yang baru beroperasi selama setahun. Terbina dari struktur bangunan lama, The Bungalow diubahsuai membentuk ruang penginapan yang sangat cosy dan chic. Suasana malam di Galle Fort sangat dingin disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan pantai.

13 APRIL 2018

Destinasi sebenar untuk eksplorasi ke bumi Sri Lanka bakal bermula dengan menaiki keretapi dari Galle Fort Station menuju ke

Kalutara. Saya menaiki express train yang mengambil masa selama 2 jam dengan hanya perlu membayar RM6!

Setibanya di stesyen keretapi Kalutara South kami menaiki kenderaan yang popular di sini, dikenali dengan nama ‘ tuk tuk’ untuk ke Anantara Kalutara Resort. Setiba di kawasan masuk resort, mata terpaku dengan rekaan pintu masuk yang sangat gah dan menarik. Seni bina resort juga mempesonakan dengan ilham berkonsepkan tropika moden hasil sentuhan Arkitek terkenal, Geoffrey Bawa. Kehadiran saya disambut mesra oleh Pengurus Resort; Norman Zweyer sambil diiringi dengan tarian tradisi semasa menuju ke ruang lobi.

Anantara Resort ini berada di antara sungai Kalu Ganga dan Lautan Hindi. Resort mewah dan elegan yang diperhebatkan lagi dengan seni bina oleh Geoffrey Bawa dan panorama lautan Hindi yang terbentang luas di depan mata. Uniknya resort ini ruang lobi direka berkonsep terbuka yang mewujudkan pertalian erat dengan alam semulajadi.

Menginap di sini ibarat percutian impian kerana disediakan kamar yang indah dan selesa, selain berlatar belakangkan pantai dan pemandangan lautan yang terbentang luas. Keindahan suasana malam di Kalutara menyuntik memori, tambahan pula menikmati makan malam di Spice Traders yang menawarkan seleksi hidangan Thai, Cina dan India yang enak dan membuka selera.

DARI ATAS Ruang legar di bahagian atas lobi Hotel Anantara Resort. Kelapa tua dijadikan hiasan di ruang lobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.