HYDE OUT MONT KIARA

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

Masterchef musim pertama, berjaya melonjakkan nama Imelda Harris. Bermula sebagai pereka aksesori yang menggunakan batubatuan dari Borneo, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini masih kukuh bertahan dalam industri kulinari tempatan sehingga ke hari ini. Dia mengorak langkah lebih maju dengan kafe Hydeout Mont Kiara. Mengangkat konsep menu Barat dan tempatan fusion, Imelda tidak gentar mengetengahkan menu masakan Sarawak yang direnjis sentuhan moden. Pelaksanaan menu di Hydeout dilakukan sendiri oleh Imelda bermula daripada pembuka selera, hidangan utama, aneka sandwic dan burger, hidangan sampingan dan pencuci mulut. Selain Hydeout, Imelda turut mengusahakan Canteen Skolah di Bukit Damansara yang menawarkan hidangan aneka lauk- pauk untuk makan tengahari.

Im e l d a Ha r r i s

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.