Hydeout Laksa Goreng

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN 1 paket laksa beras 250g daging cincang 1 biji bawang Bombay dikisar 3 ulas bawang putih dikisar 2 sudu besar pes cili 3 sudu besar sos tomato 1 sudu besar kicap manis 10 biji tomato ceri dihiris Daun ketumbar Minyak untuk menumis Lada dan garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN 1. Tumis bawang Bombay dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan pes cili dan tumis sehingga cili masak. 2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging sedikit garing. Masukkan laksa. 3. Masukkan sos tomato dan kicap dan kacau sehingga rata. Masukkan tomato ceri dan perisakan mee dengan garam dan lada secukup rasa. 4. Taburkan hirisan daun ketumbar untuk menghidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.