Umai Udang Galah Buah Markisa

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN 3 ekor udang galah dicelur 2 biji jus buah markisa 2 biji jus limau nipis 3 biji jus limau kasturi 2 biji cili padi dihiris 1 inci halia dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 2 biji bawang merah dihiris ½ cawan jagung manis ½ batang lobak merah disagat Daun salad Garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN 1. Campurkan jus markisa, limau nipis dan limau kasturi bersama cili, halia, bawang putih dan merah. Tambahkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati. 2. Masukkan isi udang galah dan gaul sehingga sebati. Perap umai selama 30 minit. 3. Kemudian, masukkan jagung, lobak merah dan daun salad ke dalam umai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.