THAT LAST SLICE

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

That Last Slice bermula sebagai home baking project oleh Aishah Nordin sejak 9 tahun lalu. Dikenali menerusi signature cake Red Velvet dan Rainbow Cake, That Last Slice mempersembahkan menu kek dan pastri dalam gaya rustik. Aishah mengatakan rasa adalah kunci jenama ini. “Saya memberanikan diri mencuba bahan- bahan mentah diimport yang lebih berkualiti mutunya. Sekarang, saya menumpukan pada kemahiran membuat pastri dengan meneroka lebih banyak perisa seperti buah markisa, buah tin, bunga telang, kelapa dan banyak lagi,” jelas Aishah. Anna Polson, Martha Stewart, Peggy Porschen antara nama- nama yang sering menjadi rujukan Aishah untuk berkarya. That Last Slice turut menganjurkan kelas kek dan pastri dalam skala kecil. Kelas dilangsungkan di studio That Last Slice secara hands- on agar anda dapat merasai sendiri pengalaman membakar dan menghias kek dan pastri. Segala urusan pesanan, rujukan menu dan jadual kelas That Last Slice dikemaskini di www. thatlastslice. com.

Aishah Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.