Choux Pastry

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN 200 ml susu 200 ml air 5 gm garam 5 gm gula 180 gm mentega tanpa garam 220 gm tepung diayak 300 gm telur dipukul CARA MENYEDIAKAN 1. Panaskan ketuhar pada suhu 250 darjah selsius. 2. Panaskana susu, air, garam, gula dan mentega di dalam periuk sehingga mendidih. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Padamkan api. Kacau adunan menggunakan senduk kayu sehingga adunan mongering dan tidak melekat pada periuk. 4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk pemukul. Pukul adunan pada kelajuan perlahan. 5. Kemudian, masukkan telur sedikit demi sedikit ( 4 kali tuang). Pukul adunan sehingga sebati. 6. Masukkan adunan ke dalam beg paip. Paip adunan choux berukuran 6 sm bulat di atas dulang pembakar dilapisi kertas minyak. 7. Masukkan pastri choux ke dalam ketuhar. Tutup pintu ketuhar dan padamkan api ketuhar. Mulakan masa selama 17 minit. 8. Selepas 17 minit, panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah selsius. Biarkan pintu ketuhar terbuka sedikit. Bakar choux selama 15 minit atau sehingga choux berwarna keperangan. 9. Biarkan choux sejuk seketika. Potong bahagian atas choux. 10. Paipkan inti kastard kacang hazel didalam choux. Taburkan kacang hazel diatasnya. Kemudian, paipkan krim putar. Drizzle nutella diatas krim. 11. Tutup choux semula dan taburkan lagi kacang hazel diatas krim. bahagian atas ganache. Taburkan beberapa mutiara berperisa starwberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.