DESTINASI

Bukan hanya perabot yang menjadi penghias kediaman malahan seleksi aksesori mampu memberikan karakter penataan berbeza pada ruang untuk gaya lebih peribadi

Glam Deko (Malaysia) - - Ogos / Sep 2018 -

Pembukaan destinasi kedua untuk butik kecantikan jenama tersohor Tom Ford. King Living membuka ruang pamer terbaru di IPC, Mutiara Damansara.

Apa? Jenama HK Living merupakan jenama yang berasal dari bumi Belanda dengan menawarkan rangkaian menyeluruh untuk dekorasi kediaman merupakan antara yang terkini untuk penggemar hiasan dalaman. Tidak hanya terhad kepada perabot, ia turut hadir bersama aneka perhiasan dan aksesori pelengkap untuk membantu anda mencipta ambien yang diingini dengan hanya berkunjung ke satu tempat. Yang Istimewa? Untuk setiap musim, jenama ini mengetengahkan gaya tertentu yang dijangka hangat dan trendy dan untuk menyempurnakan gaya ini mereka menawarkan seleksi penuh untuk melengkapinya.

Gaya jenama yang lebih kontemporari dan suntikan moden dan klasik yang cukup ringkas menjadikan seleksinya mudah disuai padan.

Di mana? Kunjungi ruang pamer jenama HK Living yang terletak di Jaya One bersebelahan ruang jualan Pop by Jaya One. Alamat penuh ini adalah 100- G. 041 Block J, The School, Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor.

Gabungan perabot dan aneka aksesori menjadi kekuatan buat jenama yang berasal dari Belanda ini. Seleksi merangkumi pilihan lampu untuk menyempurnakan gaya keseluruhan ruang. Rekaan unik dan tersendiri antara kekuatan jenama yang menyuntik rasa lebih kontemporari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.