RUSTIC CHARM

Susun atur yang mengoptimumkan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan, diperhebat dengan elemen dekorasi yang mencipta pesona gaya, merealisasikan kediaman impian pemiliknya

Glam Deko (Malaysia) - - Ogos / Sep 2018 - Susanne Schaefer

“This is a Goldilocks house - tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, tetapi sempurna untuk kami sekeluarga,”

This is a Goldilocks house - tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, tetapi sempurna untuk kami sekeluarga,” terang Susanne Schaefer, yang tinggal bersama suaminya, Adrian Cheng, dan dua orang anak. Mendiami kediaman jenis Semi- D dua tingkat, pasangan ini selesa dengan struktur reka bentuk asal tanpa perlu melakukan major renovation yang melibatkan penambahan aras kediaman. Menurut Susanne, kediaman ini melalui proses pengubahsuaian yang menelan kos sekitar RM2,100,000 hasil sentuhan pereka dari JQ Ong of The Association. Kumpulan pereka ini mengetengahkan reka bentuk yang berasaskan idea untuk menambah baik dan mengoptimumkan, daripada hanya membuat penambahan dan pembesaran ruang. Selepas melihat keseluruhan reka bentuk ruang, bagi Susanne, “mudah, bersih dan kekal minimum”, JQ memastikan bahawa kedua- dua bahagian luar dan dalaman tidak rumit dan bersahaja, dan bukannya direka secara berlebihlebihan. Tidak ada keperluan untuk bahan premium, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek yang lebih penting yakni susun atur dan aliran ruang.

Pereka juga memberi tumpuan kepada pengudaraan semula jadi dengan mengubah struktur dan mewujudkan bukaan dua ruang di dalam rumah. Ini bertujuan untuk membolehkan pencahayaan dan aliran udara ke kawasan yang lebih

gelap, seperti ruang tangga dan kamar mandi. Untuk kamar tidur utama, pereka sangat peka terhadap masalah pengudaraan dua hala, justeru dia memastikan sekurang- kurangnya ruang kamar mempunyai dua tingkap untuk persekitaran yang berangin dan lebih segar. Susun atur rumah juga dikonfigurasikan supaya bilik tidur berada di bahagian belakang dan terlindung daripada pandangan jiran- jiran.

Terletak di belakang berhampiran pintu masuk ke dapur, ruang tamu dan ruang makan direka berkonsep terbuka menghala ke taman. Fungsinya untuk mengundang kesegaran dan kehijauan alam semula jadi untuk dinikmati ketika keluarga berkumpul dan bersantai dalam suasana selesa dan penuh gaya. Bagi menambahkan nilai estetika kediaman, timbunan konkrit, jubin berpola dan parket digunakan di seluruh kawasan kediaman. Susanne merasakan bahawa mereka benar- benar berpindah ke sini dari tempat yang lebih besar, yang dahulunya disewa, tetapi sekarang melihat kediaman ini sebagai rumah impian mereka!

Laluan tangga ke tingkat atas selesa dengan pilihan kemasan lantai kayu, selain binaan panel kaca yang mengundang cahaya semulajadi ke ruang dalaman. HALAMAN SEBELAH Binaan courtyard atau laman dalam yang direka di bahagian tengah ruang kediaman menyediakan ventilasi udara segar dan turut menyediakan elemen pencahayaan terutama pada ruang yang agak gelap.

Tegar berpaksikan gaya industrial, ruang dapur direka hebat dengan menggabungkan elemen natural, garapan material dan pilihan kemasan dalam menonjolkan konsep ruang minimal namun sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.