REKAAN HEBAT

Rekaan yang ringkas namun penuh fungsi dan inovasi menjadi kekuatan King Living sehingga melayakkan perabot ini menerima anugerah rekaan buat tahun ini

Glam Deko (Malaysia) - - Ogos / Sep 2018 -

King Living mencipta sofa Zaza yang selesa dan kekal relevan.

Jenama King Living yang baru menjengah ke pasaran Malaysia ini sebenarnya telah lama bertapak di pasaran Australia menghidangkan seleksi perabot yang menjadi pilihan. Rekaan yang sentiasa relevan untuk pelbagai gaya dekorasi menjadikan ia sesuai untuk setiap jenis kediaman. Terkini mereka berjaya merangkul anugerah 2018 Good Design Awards yang berlangsung di lokasi ikonik Rumah Opera Sydney, Australia.

“Rekaan merupakan dna kami di King Living. Bersama kumpulan pereka dalaman yang dikira sebagai kerjasama, kami berjuang untuk mendapatkan keseimbangan di antara rekaan luar biasa dan keselesaan. Ini merupakan sesuatu yang telah kami dapatkan melalui rekaan sofa King Cloud III dan sofa Zaza serta kami berbangga untuk menerima anugerah ini buat tahun 2018,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif King Living, Anna Carrabs.

Rekaan sofa Zaza menampilkan kaki keluli yang disertakan tempat merehatkan tangan dan belakang boleh laras untuk disesuaikan mengikut keselesaan individu yang menggunakan sofa tersebut. Gabungan idea antara kumpulan pereka King Living bersama pereka Charles Wilson, sofa gaya avant garde ini mencipta keseimbangan antara rekaan berintuisi serta keselesaan yang tiada bandingan.

Teknologi yang menggunakan keluli tahan karat sebagai binaan asas untuk setiap sofa King Living menjamin ketahanan sehingga 25 tahun. Penggunaan POSTUREflEX memastikan anda berasa selesa selain ia bertindak balas terhadap bentuk tubuh badan mengikut kesesuaian untuk menyokong penggunanya. Untuk maklumat lanjut mengenai produk King Living, anda boleh berkunjung ke ruang pamer mereka yang terletak di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara atau layari laman sesawang https:// www. kingliving. com. au/ showroom/ malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.