Sinar Baru

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Kerusi Verner Panton Chrome adalah antara ikon reka bentuk dalam industri perabot yang berjaya mencipta sensasi luar jangkauan. Pereka, Verber Panton pernah membina kerusi ini menggunakan kepingan cermin pada awal tahun 70- an, tetapi material itu kelihatan tidak teguh dan mudah calar. Kemudian, kerusi Panton dibentuk melalui proses metallization yang membenamkan zarah logam ke beberapa lapisan varnish. Ini memberikan keteguhan padu dan permukaan bersih kerusi. Edisi terhad, Verner Panton ini dihasilkan bersempena ulang tahun ke- 50 kerusi ikonik ini wujud di dunia. Kerusi Panton di bawah naungan Vitra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.