REKAAN HEBAT

Sentuhan pereka tersohor Jean Nouvel, untuk melengkapkan lokasi berprestij Philharmonie De Paris dengan rangkaian kelengkapan kamar kecil jenama Duravit sememangnya gabungan terbaik

Glam Deko (Malaysia) - - Contents -

Sentuhan Duravit untuk kamar kecil di lokasi berprestij Philharmonie De Paris.

Bangunan ikonik yang direka oleh Jean Nouvel ini dirasmikan pada tahun 2015 bukan hanya sebarang lokasi konsert, ia merupakan ruang konsert terbesar yang terdapat Paris. Jika dilihat dari jauh, bangunan setinggi enam tingkat ini indah dibaluti facade aluminium bersama motif burung sebanyak 340,000 yang kelihatan berkilau seakan sisik ikan. Namun dalam masa yang sama, kontur bangunan ini begitu gemilang dengan gayanya yang tersendiri. Bergantung dari sudut mana anda melihatnya, ia kelihatan sama ada seperti sebuah kepingan batu bersaiz dempak ataupun seakan topi sang lanun yang mengemudi bahtera di lautan.

Terletak di Parc de la Villette yakni di timur laut bandar ternama ini, bangunan yang mengangkat gaya rekaan futuristik ini menjadi pusat untuk pendidikan muzik dan 15 kamar latihan berbeza saiz. Di tengah- tengah bangunan ini menempatkan dewan konsert besar yang mampu menampung sehingga 2400 penonton dalam satu masa. Terdapat juga beberapa ruang makan yang menjadikan panorama kota Paris dari pelbagai sudut berbeza sebagai pemandangan saat menjamu selera. Keunikkan rekaan bangunan ini juga terlihat pada rekaan balkoninya yang tersebar pada kedua- dua tingkat bangunan ini. Ia digelar sebagai ‘ immaterial sheets of music and light’. Bentuknya yang bujur menjadikan pemandangan yang sempurna untuk pentas utama untuk dinikmati dari beberapa galeri yang direka Arkitek ternama ini turut pernah mereka dewan konsert dan rumah opera tersohor di negara lain antaranya di Lyon, Lucerne dan Copenhagen. Duravit dijemput untuk menyempurnakan nada rekaan dalaman khusus untuk kamar kecil. Dengan memilih tiga rangkaian produk berbeza untuk ruang ini setiap satunya. Seleksi sinki Vero yang mengangkat gaya elegan menjadi pilihan utntuk memperindahkan dengan rekaan yang menggabungkan rasa moden dan klasik dalam suatu rekaan. Manakala di dewan konsert turut menampilkan ruang air kecil yang menggunakan Starck 1 dan Starck 3 yang merupakan idea pereka ternama Philippe Starck.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.